Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Apakah perbezaan di antara wasiat, hibah dan faraid?

SOALAN 1 :  Ayah saya telah meninggal dunia, apa yang perlu saya lakukan ke atas harta yang ditinggalkan? JAWAPAN : Anda hendaklah memohon pembahagian faraid terhadap harta tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah. SOALAN 2 :  Apakah yang dimaksudkan dengan Hibbah ? JAWAPAN : Hibbah ialah pemberian harta/aset kepada seseorang secara sukarela semasa hayatnya tanpa berkehendak balasan ( iwad). Pemberi hibbah tidak boleh menarik balik hibahnya setelah setiap rukun hibbah dipenuhi iaitu : pemberi hibbah (al-wahib), penerima hibbah (al-mauhub laku). Barang  dihibahkan  (al-manhub) lafaz ijab kabul, menurut mazhab syafie akad nikah tidak sempurna kecuali selepas qabul . qabul berbeza-beza mengikut harta / aset. Sekiranya harta alih. Maka qabul berlaku dengan mengambil, memindah, mengasingkan harta tersebut dengan harta lain. Bagi harta tidak alih boleh berlaku dengan mengosongkan harta, menguasainay dan melakukan tasaruf terhadap harta tersebut seperti me...

PEMBELIAN TANAH LOT BANGLO : Salkukhairi Abd Sukor,

Memandangkan harga rumah siap dibina atau di dalam pembinaan semakin mahal, ramai yang memilih untuk membeli tanah lot banglo untuk didirikan rumah di atasnya. Selain drpd bakal memiliki kawasan rumah yang lebih luas, kos untuk membina sebuah rumah di atas tanah lot sendiri juga adalah jauh lebih murah berbanding dengan membeli sebuah rumah melalui pemaju atau rumah sub-sale. Namun begitu, anda harus berhati2 supaya pelaburan yg anda keluarkan utk membeli sebidang tanah lot itu berbaloi. Jangan pula sampai duit dah habis, tapi habuk tanah lot pun tak dapat2.. Oleh yang demikian, disini saya senaraikan beberapa tips ringkas dan mudah dipraktiskan yg mungkin serba sedikit dapat membantu kalian dlm urusan pembelian tanah lot ini. 1.    Drpd pengalaman dan pemerhatian saya, terdapat 2 keadaan dimana tanah lot banglo ini dijual:- i.    Tanah lot yang telah dipecah bahagi drpd satu Geran Besar (Master Title) kpd Geran Individu yang berasingan, dimana syarat kegun...

PINDAH MILIK HARTANAH KEPADA WARIS : Salkukhairi Sukor

Kepada orang awam, tahukah anda yg anda boleh lakukan sendiri urusan pindahmilik hartanah kpd waris anda (spt isteri, suami, anak, ibu bapa,dsbg) tanpa perlu menggunakan khidmat peguam DENGAN SYARAT:- 1.    Pemberi Pindah Milik (PPM) adalah tuan punya berdaftar hartanah tersebut. Dalam erti kata lain, dalam geran tertulis nama PPM sebagai tuan punya berdaftar. Sekiranya dlm geran masih lagi nama org lain dan bukannya nama PPM maka khidmat nasihat peguam adalah diperlukan. 2.     Hartanah tersebut bebas drpd sebarang halangan (free from all encumbrances). Misalnya Hartanah tersebut tidak digadaikan kpd mana2 bank atau bebas drpd sebarang kaveat oleh mana-mana pihak. Jika hartanah tersebut terdapat sebarang halangan, maka sila dapatkan nasihat dan khidmat peguam utk menyelesaikannya. 3      Urusan pindah milik tersebut tidak melibatkan transaksi jual beli di antara PPM dan Penerima Pindah Milik (PNPM). Jika melibatkan urusan jual beli, satu perj...

Cikgu Dipaksa Buka Tudung?

Kenyataan media Lujnah Undang-undang dan hak asasi manusia Badan Perhubungan Pas Negeri Johor. Isu seorang guru berbangsa cina yg beragama Islam bernama Pang Ah Ngang @ Pang Tim Kwee yg telah diarah oleh seorang ahli jemaah pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Nan Ya di Teluk Sengat Kota Tinggi Johor untuk membuka tudung dan diancam keselamatannya jika enggan berbuat demikian benar -bena r mengejutkan banyak pihak. Dalam suasana semua bangsa bebas mengamalkan agama adat dan budaya seperti mana yang dijamin oleh perlembagaan negara kita merasa agak terkejut dengan tindakan tidak bertamadun ini. Justeru Badan Perhubungan Pas Negeri Johor melalui Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia bersedia untuk menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada guru yang menjadi mangsa dalam kejadian ini untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya perlu bagi beliau mendapatkan hak-haknya seperti yang termaktub di dalam perlembagaan. Pihak kami juga ingin merakamkan ucapan syaba...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.

MITIGASI PERINGANAN HUKUMAN PERTUDUHAN DI BAWAH SEKSYEN 15(1)(A) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 BAGI KAKITANGAN KERAJAAN

1) PENGAKUAN SALAH TERTUDUH Pengakuan salah tertuduh adalah atas dasar menyesal, insaf dan rasa bersalah tertuduh di atas apa yang telah berlaku. Walaupun tertuduh hanya mengaku bersalah selepas beberapa kali kesnya ditetapkan untuk perbicaraan, pengakuan bersalahnya itu masih relevan.  Pengakuan salah ini sudah pastinya dapat menjimatkan masa, tenaga, kos Mahkamah, saksi-saksi dan pihak-pihak lain di dalam perbicaraan, serta memudahkan pihak-pihak daripada melalui proses perbicaraan yang sudah pastinya panjang dan keadilan juga boleh terlaksana dengan tindakan sedemikian [Nas Rujukan] :- PP LWN. LEE LAI CHOI, [2009] 1 CLJ 312 2) FAKTOR KERJA DAN KERJAYA MASA HADAPAN Jika tidak tertuduh tidak bekerja, keluarga tertuduh akan menghadapi masalah keawangan dan kemungkinan besar perlajaran dan persekolahan adik-adik tertuduh akan tergangu. Ini mengambarkan tertuduh bukanlah seorang pesalah muda yang tidak bertanggungjawab, namun mempunyai potensi untuk menj...

PROSES PEMAJUAN PERUMAHAN OLEH PEMAJU: Salkukhairi Abd Sukor

Saya rasa terpanggil utk berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu yg tak seberapa ini dgn tn/pn sekalian ttg bagaimanakan proses sesuatu projek perumahan itu di bangunkan. Mungkin boleh menjadi panduan kpd sesiapa yg berminat atau bercadang untuk memulakan langkah menjadi pemaju perumahan. Prosesnya tidak lah payah sangat, hanya perlukan modal dan kesungguhan sahaja. Lebih mudah jika ia dapat dilaksanakan secara collective dlm satu team dikalangan rakan2 profesional di dalam bidang hartanah ini spt kontraktor, arkitek, jurutera, juru ukur, perancang bandar, ajen hartanah berdaftar dll. Dari segi bisnessnya camne nak buat tu, insyaallah kita cerita kemudian ok.Hari ni sy hanya nak cerita ttg proses pembangunan sesuatu projek perumahan shj. Baiklah, secara umumnya terdapat tiga cara yg biasa digunapakai oleh Pemaju utk memajukan sesuatu projek perumahan:- 1.    Memajukan tanah milik sendiri, dimana pemaju yg merupakan pemilik berdaftar tanah tersebut memaju...