MITIGASI PERINGANAN HUKUMAN PERTUDUHAN DI BAWAH SEKSYEN 15(1)(A) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 BAGI KAKITANGAN KERAJAAN
1) PENGAKUAN SALAH TERTUDUH
Pengakuan salah tertuduh adalah atas dasar menyesal, insaf dan rasa bersalah tertuduh di atas apa yang telah berlaku. Walaupun tertuduh hanya mengaku bersalah selepas beberapa kali kesnya ditetapkan untuk perbicaraan, pengakuan bersalahnya itu masih relevan.
Pengakuan salah ini sudah pastinya dapat menjimatkan masa, tenaga, kos Mahkamah, saksi-saksi dan pihak-pihak lain di dalam perbicaraan, serta memudahkan pihak-pihak daripada melalui proses perbicaraan yang sudah pastinya panjang dan keadilan juga boleh terlaksana dengan tindakan sedemikian
[Nas Rujukan] :- PP LWN. LEE LAI CHOI, [2009] 1 CLJ 312
2) FAKTOR KERJA DAN KERJAYA MASA HADAPAN
Jika tidak tertuduh tidak bekerja, keluarga tertuduh akan menghadapi masalah keawangan dan kemungkinan besar perlajaran dan persekolahan adik-adik tertuduh akan tergangu. Ini mengambarkan tertuduh bukanlah seorang pesalah muda yang tidak bertanggungjawab, namun mempunyai potensi untuk menjadi warganegara dan seorang pekerja yang berdidikasi dan bersunguh-sunguh.
Oleh itu, tertuduh mengharapkan sekiranya beliau diberikan hukuman di bawah seksyen 173A Kanun Prosedur Jenayah, beliau masih berpeluang untuk memohon mana-mana kerja di sektor kerajaan seperti tentera, pasukan bomba dan lain-lain yang berkaitan dan itulah yang telah dirancang oleh tertuduh.Namun, jika tertuduh dijatuhi hukuman yang menyebabkan tertuduh mempunyai rekod jenayah, ini sudah pasti membuatkan tertuduh kehilangan peluang untuk mencari kerja di masa hadapan.
3) TERTUDUH MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG BESAR TERHADAP KELUARGA DAN TERTUDUH AKAN BERKAHWIN TIDAK LAMA LAGI.
Tertuduh selepas kes di hadapan Mahkamah ini selesai akan melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya dan ingin memulakan kehidupan baru bersama-sama. Oleh itu, tanggungjawab tertuduh sudah pasti semakin besar sebagai seorang ketua keluarga. Jika tertuduh dikenakan hukuman yang berat atau mempunyai rekod jenayah, ini sudah pasti membuatkan tertuduh sukar untuk mencari pekerjaan yang baik bagi beliau menampung keluarga barunya
Tertuduh juga kini dalam proses untuk mengumpul wang belanja perkahwinanya dan ini dilakukan tertuduh dengan penuh sabar. Tertuduh mengharapkan beliau akan dapat memohon jawatan lain di sektor kerajaan bagi membolehkan beliau memperolehi pendapatan yang agak baik dan membolehkan belanja serta persiapan perkahwinanya dapat disempurnakan dengan secepat yang mungkin.
Namun, jika tertuduh dikenakan hukuman yang berat dan menyebabkan tertuduh mempunyai rekod jenayah, ini sudah pasti menyebabkan tertuduh akan gagal di dalam menyiapkan persiapan perkahwinanya dan berkemunkinan juga perkahwinan tersebut gagal dilangsungkan. Ini sudah pasti akan memberikan tekanan kepada tertuduh dan menyebabkan hidup tertuduh terumbang-ambing. Ini bukanlah apa yang diharapakan oleh Mahkamah dan juga falsafah di sebalik sesuatu hukuman.
[Nas Rujukan]:- WONG VOON LOONG LWN. PP, [2002] 1 LNS 489,
4) UMUR TERTUDUH YANG MASIH MUDA DAN PESALAH PERTAMA [TIADA REKOD JENAYAH]
Adakah ‘wajar’ bagi tertuduh yang buat pertama kalinya tersilap langkah di umur yang muda ini dikenakan satu hukuman yang akan ‘mengelapkan’/membantutkan’ masa depannya?
Merujuk kepada kes RAJA IZZUDDIN SHAH V PP [1978] 1 LNS 165 , dimana Mahkamah yang mulia telah menyatakan bahawa “...that the public interest is in no way better served by committing the appellant to prison. The primary purpose of punishment is reformatory …………………..”
Dihujahkan bahawa kepentingan awam masih tetap terpelihara sekiranya Mahkamah memerintahkan tertuduh diikat jamin untuk berkelakuan baik di bawah seksyen 173A Kanun Acara Jenayah. Ini kerana di dalam tempoh tertuduh berada di bawah perintah supaya berkelakuan baik itu, tertuduh perlu sentiasa berwaspada daripada melakukan sebarang kegiatan jenayah lain. Jika tidak, tertuduh bukan sahaja akan dituduh atas kesalahan yang baru dilakukannya tetapi juga akan dihadapkan semula ke mahkamah untuk dituduh di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan wang jaminan yang ditetapkan oleh Mahkamah akan dilucuthakkan.
**** Tertuduh di dalam kes ini merupakan seorang kakitangan awam(kerajaan). Selepas rayuan oleh Peguam, Mahkamah membenarkan hukuman berkelakuan baik di bawah seksyen 173A Kanun Acara Jenayah. Ini membolehkan tertuduh tidak dikenakan sebarang rekod jenayah dan boleh meneruskan kerja seperti biasa.
Comments
kalau suspek tu dituduh bawah sek. 39b sekarang ditahan reman, adakah selepas ini dibicara di mahkamah dan boleh dijamin atau masih sambung reman lagi?dan tertuduh adalah pekerja kerajaan.
tertuduh tidak melakukan perbuatan tersebut tetapi tertuduh pergi ke tempat tersebut ketika serbuan dibuat dan tertuduh dikatakan terlibat sekali kerana barang tersebut ada di tempat tersebut.
harap en. dapat terangkan..terima kasih.
Kes ini di peringkat mahkamah Majistret, maka tiada citation kerana tidak dilaporkan.
lanjut boleh hubungi saya melalui email.
Terima kasih
Ada abg sepupu kena tangkap atas dua kes..kes prtma 15(a)..yg kedua belum dapat diketahui kerna masih d syaki..beliau di syaki menymar sbgai penjawat awam..blm ada bukti kukuh..ketika kejadian beliau sedang berehat d kereta..tiba2 polis dtng n beliau trus d gari..kereta d bawa ke balai..phk polis membrtahu bhwa kereta itu dbgunakan untk tjuan penyamaran..bgmna pendapat tuan..adakah kes ni boleh d sabitkn ke atas beliau..apa yg dpt dilakukan untk membela beliau..kerna mmg beliau tdk bersalah
Ada abg sepupu kena tangkap atas dua kes..kes prtma 15(a)..yg kedua belum dapat diketahui kerna masih d syaki..beliau di syaki menymar sbgai penjawat awam..blm ada bukti kukuh..ketika kejadian beliau sedang berehat d kereta..tiba2 polis dtng n beliau trus d gari..kereta d bawa ke balai..phk polis membrtahu bhwa kereta itu dbgunakan untk tjuan penyamaran..bgmna pendapat tuan..adakah kes ni boleh d sabitkn ke atas beliau..apa yg dpt dilakukan untk membela beliau..kerna mmg beliau tdk bersalah