Skip to main content

PINDAH MILIK HARTANAH KEPADA WARIS : Salkukhairi Sukor



Kepada orang awam, tahukah anda yg anda boleh lakukan sendiri urusan pindahmilik hartanah kpd waris anda (spt isteri, suami, anak, ibu bapa,dsbg) tanpa perlu menggunakan khidmat peguam DENGAN SYARAT:-

1.    Pemberi Pindah Milik (PPM) adalah tuan punya berdaftar hartanah tersebut. Dalam erti kata lain, dalam geran tertulis nama PPM sebagai tuan punya berdaftar. Sekiranya dlm geran masih lagi nama org lain dan bukannya nama PPM maka khidmat nasihat peguam adalah diperlukan.

2.     Hartanah tersebut bebas drpd sebarang halangan (free from all encumbrances). Misalnya Hartanah tersebut tidak digadaikan kpd mana2 bank atau bebas drpd sebarang kaveat oleh mana-mana pihak. Jika hartanah tersebut terdapat sebarang halangan, maka sila dapatkan nasihat dan khidmat peguam utk menyelesaikannya.

3      Urusan pindah milik tersebut tidak melibatkan transaksi jual beli di antara PPM dan Penerima Pindah Milik (PNPM). Jika melibatkan urusan jual beli, satu perjanjian jual beli perlulah disediakan. Dan adalah digalakkan perjanjian itu disediakan oleh peguam.

4.      Balasan pindah milik adalah atas dasar “balasan kasih sayang” semata2 dan tidak melibatkan balasan wang ringgit.

Bagaimanakah langkah2 yg perlu diambil utk melaksanakan urusan p.milik tersebut?
     
 1.     Sila lihat dlm geran hartanah, sekiranya hartanah tersebut tertakluk kpd sekatan ie, misalnya dalam geran ditulis “Tidak boleh dipindahmilik..melainkan mendapat kebenaran bertulsi drpd  drpd menteri Besar atau Pihak Berkuasa Negeri atau Pengarah Tanah dan Galian terlebih dahulu, maka sebelum p.milik boleh dilakukan, PPM hendaklah terlebih dahulu submit permohonan kebenaran p.milik (consent) tersebut di pejabat tanah.

Caranya, dptkan borang consent di pejabat tanah dan isi segala maklumat yg dikehendaki dlm borang tersebut dgn menggunakan pen dakwat cair warna hitam. Lampirkan dokumen2 sokongan yg diperlukan semasa submit permohonan tersebut di pejabat tanah. Diantara dokumen2 sokongan yg diperlukan spt salinan ic PPM, PNPM, salinan asal carian rasmi , salinan resit cukai tanah tahun terkini, salinan surat nikah (jika suami isteri), salinan surat beranak (jika anak/ibu bapa/ adik beradik), dan salinan geran hartanah.

2.        Setelah consent diperolehi, sila dptkan/ beli Borang Pindahmilik (Borang 14A) daripada pejabat tanah danisi segala maklumat yg dikehendaki di dlm borang pindahmilik tersebut. Sekiranya anda tidak pasti bagaimanakah cara utk mengisi Borang 14a tersebut, sila dptkan bantuan drpd kerani yg bertugas di kaunter pendaftaran pejabat tanah, atau kebiasaannya, sampel borang tersebut ditampal di notice board di bahagian pendaftaran pejabat tanah. Ikut sahaja sampel tersebut.

3.        Selepas diisi sepenuhnya, kedua2 PPM dan PNPM hendaklah menurunkan t.tgn dlm Borang P.milik (Borang 14A) tersebut dihadapan Penolong Pentadbir Tanah (ADO) sbg saksi. Anda juga boleh mintak bantuan peguam sebagai saksi utk t.tgn borang p.milik tersebut, tetapi kebiasaannya peguam akan kenakan sedikit charge perkhidmatan sebanyak RM50 (maksimum) utk setiap penyaksian yg dibuat.

4.        Selepas itu, sila submit permohonan adjudikasi (penilaian duti setem p.milik) di Unit Stamping, Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Anda boleh lakukan sama ada secara manual atau secara online. Utk proses secara manual anda kena isi borang yg disediakan di kaunter stamping dan sila sertakan sekali bersama2 borang permohonan tersebut dokumen2 sokongan yg diperlukan spt salinan geran hartanah, salinan borang p.milik yg telah ditandatanagn dan disaksikan, salinan ic PPM & PNPM, salinan surat beranak/ salinan sijil nikah PPM & PNPM, salinan surat consent dll dokumen sokongan yg diperlukan oleh LHDN. Sekiranya anda submit secara online, boleh layariwww.hasil.gov.my/stamp. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu utk membolehkan anda log in dalam web site tersebut. Dokumen2 sokongan yg diperlukan hendaklah discan dan diupload di dlm page yg disediakan.

5.        Biasanya dlm tempoh 8 hari bekerja, LHDN akan hantar kpd anda Notis Taksiran Duti Stem yg menjelaskan ttg berapa banyakkah duti stem p.milik yg anda kena bayar. Duti Stem yg dikenakan adalah mengikut nilai pasaran semasa hartanah tersebut. Nilai pasaran tersebut ditentukan oleh Pejabah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH), dimana JPPH akan memaklumkan kpd LHDN ttg berapakah nilaian semasa hartanah yg hendak dipindah milik tersebut. Bedasarkan kpd itulah LHDN akan tentukan berapakah duti stem p.milik yg dikenakan kpd anda. Semakin tinggi nilai pasaran semasa hartanah tersebut, maka semakin tinggilah duti stem yg dikenakan.

6.       Anda mempunyai masa selama 30 hari utk menjalaskan bayaran duti stem p.milik tersebut di LHDN. Sekiranya gagal, anda akan dikenakan penalty atas kelewatan bayaran tersebut. Selepas bayaran dibuat Sijil Bayaran Duti Stem P.milik akan dikeluarkan oleh LHDN dan ianya perlu dilampirkan sekali di dalam Borang Pindah milik tersebut.

7.       Setelah itu, bolehlah anda uruskan pendaftaran p.milik di pejabat tanah. Diantara dokumen2 yg anda perlukan untuk masuk permohonan pendaftaran p.milik adalah spt berikut:-

a.       Salinan IC PPM & PNPM & salinan surat beranak/ sijil nikah (jika berkenaan)
b.      Borang P.milik yg telah dimati stem (diadjudikasi)
c.       Geran Hartanah yg asal
d.      Resit Asal bayaran cukai tanah dan cukai pintu tahun terkini (jika rumah/ kedai)
e.      Sijil Bayaran Duti Stem P.milik
f.        Notis Taksiran Duti Stem P.milik
g.       Salinan Asal Surat Consent P.milik
h.      Fee pemprosesan (berbeza beza mengikut negeri masing2)

8.       Setelah permohonan p.milik didaftarkan oleh pejabat tanah, pejabat tanah akan keluarkan geran asal yg baru yg telah dipindahmilik kpd nama PNPM. Tempoh proses pengeluaran geran asal yg baru berbeza2 mengikut negeri masing2. Paling lama mungkin ambil masa dalam 2 minggu. Ada sesetengah negeri dlm masa 1 jam dah siap geran baru.

Maka selepas dpt geran asal yg baru, selesailah sudah proses p.milik hartanah kpd waris anda. Mudah dan jimat bukan?
Selamat mempraktiskannya.


p/s : Tips di atas adalah khusus utk orang awam sahaja dan tertakluk kpd kategori syarat2 yg saya nyatakan di atas. Sekiranya tidak tergolong dlm kategori syarat2 yg dinyatakan itu, maka urusan p.milik hartanah hendaklah dibuat melalui peguam.

Salkukhairi Sukor

Comments

Unknown said…
Terima kasih atas perkongsian maklumat.

Mohon bertanya, sekiranya terdapat 2 orang yang hendak membuat pindah milik balasan kasih sayang (a) bapa kepada anak dan (b) ibu saudara kepada sepupunya, boleh kah ia dilakukan serentak?

Terima kasih atas bantuan
Ahmad Deniel said…
Pada pendapat saya urusan dari ibu saudara kepada sepupu tidak dibenarkan pindah milik atas dasar kasih sayang. untuk bapa kepada anak tiada masalah.
Myakaya said…
Salam. Saya telah memperolehi Surat kuasa Dari pesaka kecil bagi menukar nama Dari saya sebagai pentadbir kepada anak saya. Soalan saya, bolihkah stamp duty dikecualikan atas 'Balasan kasih sayang'? Yg keduanye, bolihkah saya membuat sendiri pertukaran ini serta mendapat consent.
Myakaya said…
Salam. Saya kematian suami. Baru mendapat surat kuasa pentadbir dari pesaka kecil bagi memindahkan nama rumah low cost flat. Bolihkah saya sebagai pentadbir menukar Nama dari developer kepada saya Dan kemudian kepada anak saya mengunakan ' balasan kasih sayang' untuk dikecualikan stamp duty? Dan bolihkah saya memo hon state consent sendiri Tampa melalui lawyer?

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.