Skip to main content

(Prosidur Tuntutan Kecil) Mahkamah Majistret

PROSIDUR TUNTUTAN KECIL DI MAHKAMAH MAJISTRET

Mahkamah Tuntutan Kecil diwujudkan bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membuat tuntutan yang berupa hutang, pelanggaran kontrak/perjanjian, perkhidmatan dan lain-lain di mana jumlah tuntutan ialah tidak melebihi RM5,000.00 sahaja.

Asasnya, Mahkamah ini diwujudkan bagi membicara kes di mana hanya pihak menuntut dan pihak kena tuntut sahaja yang terlibat tanpa menggunakan peguam bagi tujuan mengurangkan kos guaman yang ditanggungi pihak-pihak. Ini membolehkan pihak-pihak yang mempunyai masalah keawangan bagi melantik peguam, untuk memfailkan dan mengendalikan secara senidiri tuntutan mereka di Mahkamah. Walaubagaimanapun, pihak-pihak mempunyai pilihan untuk berunding/mendapatkan nasihat daripada peguam di luar Mahkamah bagi memudahkan urusan tuntutan di Mahkamah kelak.



APAKAH PERKARA-PERKARA YANG BOLEH DITUNTUT?
1. Mendapatkan kembali hutang.
2. Tuntutan barangan.
3. Upah sesuatu perkhidmatan yang tak dibayar.
4. Sewa menyewa.
5. Tuntutan atas barangan yang rosak.
6. Tuntutan persembahan yang tidak dilaksanakan.


DI MANA TUNTUTAN PERLU DIBUAT DAN BAGAIMANA HENDAK MEMULAKAN SAMAN?

1) Secara umum, Aturan 93, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, berkaitan Tatacara Tuntutan Kecil adalah undang-undang yang mengariskan tatacara proses tuntutan kecil.


2) Tuntutan (saman) ini boleh dibuat di mana-mana Mahkamah Majistret yang berhampiran. Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret dibuka pada waktu pejabat.


3) Pihak yang menuntut dikenali sebagai “Plaintif”, manakala pihak yang dituntut dikenali sebagai “Defendan”.

4) Bagi memulakan saman, plaintif dikehendaki mengisi Borang 198 yang telah disediakan di Mahkamah dalam [4] salinan dan menyatakan amaun dan butir-butir tuntutannya. Butir-butir itu mestilah menyatakan tarikh relevan dan bagaimana tuntutan itu telah berbangkit dan apakah asas tuntutan itu.Tandatangan di borang tersebut atau cap jari. Borang 198 tersebut boleh didapati secara percuma.



5) Setelah menyiapkan borang, plaintif mestilah memfailkan borang dalam 4 salinan tersebut di Pejabat Pendaftaran bagi Mahkamah Majistret Kelas Dua. Plaintif mestilah membayar bayaran pemfailan sebanyak RM20.00. Pejabat Pendaftaran akan meletakkan meterai Mahkamah ke atas 4 salinan borang itu dan mengisikan tarikh pendengaran.


6) Seterusnya, plaintif perlu membuat penyampaian Borang 198 yang telah dimetrai tersebut melalui penyampaian secara kediri atau melalui pos berdaftar pra bayar yang dialamatkan kepada alamat terakhir defendan yang diketahui.


7) Sekiranya defendan yang telah disampaikan secara sempurnanya dengan Borang 198 mempertikaikan tuntutan, defendan bolehlah menyampaikan pembelaannya dalam Borang 199 yang difailkan dalam empat salinan dalam empat belas hari selepas penyampaian tuntutan itu.


8) Borang 199 hendaklah mengandungi butir-butir tentang mengapa defendan mempertikaikan tuntutan dan sekiranya defendan mempunyai suatu tuntutan balas, defendan hendaklah menyatakan amaun dan butir-butir tuntutan balas dalam borang itu. Borang 199 hendaklah ditandatangani atau dicap jari cetak oleh defendan sendiri.


9) Defendan mestilah memfailkan pernyataan pembelaan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah. Jika defendan gagal memfailkan pembelaan kamu dalam masa yang ditetapkan atau jika defendan gagal hadir di Mahkamah pada tarikh pendengaran, maka Mahkamah akan memberikan penghakiman untuk plaintif berserta dengan kos.


10) Jika terdapat suatu tuntutan balas, plaintif boleh memfailkan suatu pembelaan kepada tuntutan balas itu dalam Borang 200.





KEHADIRAN KE MAHKAMAH PADA TARIKH YANG DITETAPKAN


1) Apabila peringkat di atas telah selesai plaintif/defendan dikehendaki hadir ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah.


2) Majistret adalah pihak yang akan membicarakan kes plaintif/defendan. Majistret akan memastikan bahawa pihak-pihak mengemukakan bukti-bukti bagi menyokong kes masing-masing mengikut peruntukan undang-undang.  Pihak-pihak perlu membawa semua saksi, buku-buku dan lain-lain yang menyokong tuntutan masing-masing. Pihak-pihak yang terlibat akan dibantu oleh Majistret di dalam perbicaraan.


3) Jika plaintif/defendan tidak memahami Bahasa Malaysia dengan baik, mereka perlu memberitahu Mahkamah sekiranya memerlukan bantuan jurubahasa sama ada Cina, India atau bahasa-bahasa lain.


4) Sekira defendan hadir dan menafikan tuntutan, maka Mahkamah akan tetapkan satu tarikh untuk bicara. Sebelum memutuskan kes, Mahkamah boleh meminta pihak-pihak  untuk memberi maklumat lanjut berkaitan tuntutan dan pembelaan, mengikut mana-mana yang berkenaan.


5) Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keterangan dokumentar atau keterangan lain, termasuk keterangan affidavit yang diserahkan oleh pihak-pihak dan mahkamah hendaklah mendengar apa-apa keterangan lisan dan hujah, termasuk hujah bertulis, sebagaimana yang boleh dikemukakan oleh pihak-pihak.


6) Sekira defendan hadir dan bersetuju dengan tuntutan, maka Mahkamah akan memberi penghakiman perstujuan kepada plaintif dan mengarahkan defendan membayar sama ada di Mahkamah ataupun pada tarikh yang disetujui oleh kedua pihak.

7) Sekira defendan tidak hadir, maka plaintif kenalah membuktikan kepada Mahkamah bahawa plaintif telah menyerahkan saman sama ada melalui penyerahan sendiri atau pun melalui pos. Selepas itu plaintif berhak memohon Penghakiman Ingkar (tanpa kehadiran defendan).


8) Sekiranya plaintif tidak hadir tanpa sebab dan defendan hadir maka saman palintif boleh dibatalkan oleh Mahkamah.


9) Selain dari penghakiman, plaintif juga boleh menuntut kos iaitu perbelanjaan yang tidak melebihi RM100.00 dari defendan.


10) Sekiranya defendan gagal untuk melakasanakan pembayaran atau apa-apa perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah kepada Plaintif, maka Plaintif boleh memohon kepada Mahkamah supaya defendan/penghutang penghakiman membayar secara ansuran, atau hartanya disita/dijual atau memerintahkan defendan dipenjarakan. (A. 93 k. 16, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012).

 Artikel ini dikeluarkan sebagai panduan dan untuk makluman sahaja. 


Comments

My Mom's Diary said…
TQ for the great info.
Anonymous said…
terima kasih .. maklumat yang sangat berguna...
Unknown said…
Hi En Deniel,

Jikalau selepas pemfailan kes tuntutan kecil mahkamah majistret,defendan berharap menyelesaikan kes di luar mahkamah sebelum tarikh perbicaraan bermula,bagaimana mengeluarkan pemfailan/menghentikan prosidur tuntutan kecil ini? Proses pengeluaran pemfailan ini biasa mengambil masa berapa lama dan apakah borang yang perlu diisi ?sila bantu.

terima kasih,

Plantiff
Junaidi Amit said…
Ahmad Deniel,

Beberapa hari yang lepas saya ada ke mahkamah untuk membuat tuntutan kecil, tetapi saya diberitahu oleh pegawai di sana yang mana tuntutan kecil ni telah dimansuhkan.
Ahmad Deniel said…
saya sudah update artikel di atas bagi persoalan yang ditanya
Shila said…
Terima kasih. Saya akan gunakan maklumat ini unutk terus memfailkan saman kepada penghutang yang sangat degil untuk mebat pembayaran...
Sebelum beli mulut manis. Akan bayar selpas terima barang. Tapi bila dah dapat,
Macam2 helah untuk tak nak bayar...
En.Deniel,

Sedikit persoalan untuk ditanya:

Situasinya begini, rumah kedai yg dibina atas tanah org dgn bayaran sewa tapak secara bulanan. Kemudian tuan tanah nak ambil balik tanah tersebut jadi mereka perlu bayar harga rumah kedai itu. Isunya sekarang, tuan tanah telah dengan sengaja mengubahsuai struktur rumah kedai dengan alasan utk dpt valuation tinggi loan bank. Adakah pihak saya boleh bawa kes sebegini ke mahkamah atas sebab tuan tanah telah dengan paksa mengubah struktur aset saya?

Harap dapat pandangan dari Tuan.

Terima kasih
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
En Deniel,

Mohon pencerahan,

Pada 7/04/14 saya telah pergi ke workshop kereta untuk menukar motor fan yang rosak. Pekerja di kedai telah membaiki motor fan yang rosak dan memberitahu saya bahawa saya juga perlu menukar fan relay yang rosak juga. Apa yang pekerja tersebut lakukan, dia telah memasang fan relay baru yang kurang kualitinya tanpa mengeluarkan fan relay lama yang dikatakan rosak. Keadah pemasangan wayar yang dibuat dari bateri terus kepada fuis box (direct connection). Jadi pada 1/05/14, semasa saya sedang memandu di Maran, Pahang, fuis box saya telah terbakar & apabila diperika oleh mekanik dia menyatakan ia disebabkan oleh fan relay baru yang dipasang tidak betul kaedahnya & sepatutnya perlu menggantikan relay fan lama dengan yang baru. Disebabkan relay fan lama tidak ditukar dan pada masa sama memasang fan relay baru, ia menyebabkan wayar menjadi panas dan membakar fuis box saya. Persoalanyya, disebabkan kecuian oleh mekenik yang memasang fan relay, saya terpaksa membayar kos sebanyak RM3000 untuk membaiki fuis box baru. Pada pandangan tuan, boleh tak kes ini dibawa ke mahkamah kecil untuk tuntutan sebanyak RM3000?
Adi Azudin said…
Hai Saudara Ahmad Deniel Roslan,
Bagaimanakah untuk membuat tuntutan berjumlah RM40,000.00 Apakah kaedah terbaik dari segi perundangan yang perlu saya lakukan.
Anonymous said…
Salam Saudara,

Sekiranya defendant membuat defence and counterclaim dan plaintif mengambil tindakan untuk menarik balik kes, apakah yang boleh dilakukan? Dah sekiranya plaintif berdegil.. apakah yang boleh dilakukan oleh plaintif?
ekin rien said…
Info di sini sgt membantu saya. Masih ramai yang belum tahu terdapat mahkamah untuk tuntutan kecil ini. Terima kasih.
Unknown said…
sangat terperinci. terima kasih :)
Unknown said…
Mohon penjelasan en. Kes kutu online. Sekiranya tiada maklum balas dr ibu kutu dan ibu kutu adalah seorg yg bankrap??? Bagaimana
bibisayang said…
Thanks info ni sgtttt2 bguna...sy nk saman org yg langgar sy pastu tanak bayar kos repair kete sy 2k...boleh tak mcm tu encik?
Ahmad Deniel said…
Apa apa tuntutan adalah boleh ,cuma pastikan ada dokumen dan bukti yang lengkap
are-nim said…
salam en. Daniel. Boleh tak syarikat membuat tuntutan kecil? Kalau tak boleh ada cara lain tak?

terima kasih.
Unknown said…
Encik Ahmad Deniel,

Pada 14 januari 2015 sy telah pergi ke restoran vivo pizza di aeon bandaraya melaka bersama kawan sy dan selepas membuat pesanan makanan, makanan siap dihidangkan serta sy menjamu selera pizza tersebut sehingga kepingan pizza yg kedua dan sy merasakan ada objek tajam dalam mulut sy dengan serta merta sy mengeluarkan didapati ada serpihan kaca sebesar gula-gula. didapati juga mulut sy berdarah serta pedih akibat luka terkunyah kaca. sy terus memanggil pihak pengurus dan die terus memohon maaf serta membatalkan bil sy dan ingin membawa sy ke mahkota medical. disitu die telah menawarkan dekat sy makan di vivo pizza sebanyak 6 kali secara percuma tetapi sy masih tidak berpuas hati dan memberi tempoh 24jam untuk pihak HQ call dan memberi maklum balas tentang insiden tersebut. pada 16 januari 2015 pengurusnya ingin berjumpa dengan sy untuk membayar pampasan sebanyak RM300 berserta sedikit buah tetapi dengan kata lain sy menolak kerana ini melibatkan nyawa sy,sekiranya kaca tersebut sy telan tertelan atau tercekik, RM300 dan buah tidak mampu sambung balik nyawa sy. apabila sy ingin berjumpa dengan bos besar mereka berdolak dalih sehinggalah mereka menyuruh sy membuat letter of demand dan pampasan yg sy telah kemukakan sebanyak RM100000. tempoh 2 minggu sy letakkan dalam surat tersebut dari 21 januari telahpun tamat tapi tidak ada sebarang pembayaran yg sy dapat. mereka hanya memberitahu yg kes ini mereka telah serahkan kepada insuran company tetapi sy mendapat panggilan dr crowford company untuk interview sy tentang insiden tersebut.pada 2 januari 2015 sy berjumpa dgn pihak crowford(adjuster) utk memberi butiran kejadian sebelum membuat report dan diserahkan kepada insuran company. namun pihak vivo pizza masih tidak menyerahkan dokumen yg diperlukan kepada crowford company menyebabkan insuran tidak dapat membayar pampasan sy. pada pandangan sy pihak vivo yg bersalah sangat melengahkan masa dan memperlekehkan kes ini. persoalan sy disini, jika sy ingin memfailkan saman sebanyak RM100000 tetapi sy tidak punyai peguam boleh ke? bagaimana sy dapat menyelesaikan kes ini dengan adil ya?
Nini Nell said…
Encik Daniel,

Adakah prosedur ini masih sama dan masih berkuatkuasa?
Amin said…
En Ahmad Deniel

untuk tuntutan kecil di makahmah adakah perlu kelulusan pegawai polis?
Amin said…
en deniel
untuk buat tuntutan kecil perlukah kelulusan dari polis
Ahmad Deniel said…
Tidak memerlukan kelulusan pihak Polis. Ini adalah perkara saman sivil.
admin said…
En. Ahmad Denial,

Maaf tuan kalau komen ini menganggu.

1. Adakah peguam boleh mewakili defendan dan plaintif semasa perbicaraan? Perlukah plaintif hantar Letter of Demand dahulu?

2. Untuk pihak yang kalah, perlukah ia menanggung kos peguam pihak yang menang?

3. Berapakah kos mahkamah yang perlu ditanggung untuk pihak yang kalah?

Sekian, amat berterima kasih.

Kamarul said…
En Ahmad deniel roslan,

Nak bertanya,saya ada masuk satu program pelaburan oil n gas dimana saya telah laburkan modal sebanyak rm14k,ikut perjanjian syarikat tersebut akan membayar profit kepada saya pada setiap bulan selama 6 bulan.bole tak saya membuat tuntutan?
Kamarul said…
En Ahmad deniel roslan,

Nak bertanya,saya ada masuk satu program pelaburan oil n gas dimana saya telah laburkan modal sebanyak rm14k,ikut perjanjian syarikat tersebut akan membayar profit kepada saya pada setiap bulan selama 6 bulan.bole tak saya membuat tuntutan?
Kamarul said…
En Ahmad deniel roslan,

Nak bertanya,saya ada masuk satu program pelaburan oil n gas dimana saya telah laburkan modal sebanyak rm14k,ikut perjanjian syarikat tersebut akan membayar profit kepada saya pada setiap bulan selama 6 bulan.bole tak saya membuat tuntutan?
Kamarul said…
Salam en ahmad deniel roslan
Saya ada laburkan modal rm14k di syarikat oil n gas,dimana syarikat tersebut/individu akan membayar kpd saya profit setiap bulan selama 6 bulan,akan tetapi dah sampai 4 bln xdengar lagi berita, bila call individu yg saya berurusan tu tak berjawab,bole ke saya membuat tuntutan utk dptkan modal saya?
Unknown said…
salam. en daniel.. saya amat memerlukan khidmat nasihat ape yg perlu saya lakukan. kes ini melibatkan pembelian rumah tetapi tiada kontrak perjanjian... saya telah memasukkan deposit sebanyak rm10k kepada penjual rumah. tapi sampai masa saya x dpt beli rumah tersebut kerana loan saya di tolak. bila saya minta blk duit deposit tersebut penjual rumah ni x mahu pulangkan duit.. sampai saya buat repot polis. tp polis kata x leh jln kes melainkan saya ambek lowyer sivil... bila saya nak amek lawyer penjual rumah ni dengan manis mulut mula membayar rm 1 k sebanyak 3 kali tetapi semuanya dengan pelbagai alasan dan melarikan diri dr kami... selepas dia masukkan 1k yg terakhir dia terus mendiamkan diri. kami kol x angkat... mcmn saya nk buat tuntutan... tggl lg 7k dia x pulangkan... siap marah kami lg n ckp bukan2 tentang kami. sedangkan kami sendiri dianiaya dengan peluang yg kami beri pada dia...adakah perlu saya amek lawyer atau boleh buat tuntutan kecil... mohon bantuan cz saya amat memerlukan duit tersebut untuk beli rumah... "insan kerdil yang teraniaya"
Nur Qaseh said…
Assalamualaikum....

En Ahmad Denial...mohon pencerahan.Ex saya pernah meminjam wang daripada saya.sehingga sekarang dia tidak membuat sebarang bayaranpun mlh tidak mengakui yang dia telah berhutang kepada saya.Saya telah membuat laporan polis dan pihak polis mengatakan bahawa kes tersebut harus di rujuk ke peguam sivil.Bolehkah sekiranya saya mendapatkan surat tuntutan pembayaran tanpa membuat prosidur tuntutan kecil di mahkamah?
Danielz said…
Salam.
Kalau nak tuntut hutang yang dibuat secara lisan boleh ke? Banyak kes macam ni berlaku dan terkena pada saya gak. Yang ada cuma resit transfer bank dengan resit pengeluaran ATM.
Biee said…
Encik. Saya ade memberi kawan pinjam sbyk rm 2k tapi dia enggan mmbayar. Cuma black n white tiada. Conversation wsap sahaja yg ada. Adakah itu bukti yg kukuh ?
Biee said…
Encik. Saya ade memberi kawan pinjam sbyk rm 2k tapi dia enggan mmbayar. Cuma black n white tiada. Conversation wsap sahaja yg ada. Adakah itu bukti yg kukuh ?
Biee said…
Encik. Saya ade memberi kawan pinjam sbyk rm 2k tapi dia enggan mmbayar. Cuma black n white tiada. Conversation wsap sahaja yg ada. Adakah itu bukti yg kukuh ?
Biee said…
Encik. Saya ade memberi kawan pinjam sbyk rm 2k tapi dia enggan mmbayar. Cuma black n white tiada. Conversation wsap sahaja yg ada. Adakah itu bukti yg kukuh ?
Ahmad Deniel said…
Tidak berapa kukuh, tapi boleh. Juga memerlukan pihak Tuan sahkan no telefon itu merujuk kepada beliau. Perlu berurusan dengan pihak Telco.
Unknown said…
En daniel sy ign brtnya . Rakan Arwah bapa sy mempunyai tanah sbnyk 63ekar tp akan di bahagi kepada 2 pemilik iaitu bapa sy dan rakan arwah bapa sy . Dan tanah trsebut mmpunyai prjnjian , apabila geran tanah kluar nama arwah bapa sy akan di masuk kan . Mslhnya skrg . Bolehkah kami melakukan tuntutan ke atas tanah trsebut ? Memndangkan kedua2 pemilik telah tanah telah tiada . Dan jika boleh bagaimana kami boleh menguruskan nya . Segala surat perjnjian lengkap ada pada kami . Trima kasih .
Ahmad Deniel said…
untuk urusan tanah tersebut,sila lantik peguam untuk urusan pindah milik nama tanah tersebut kepada waris yang patut. urusan akan sedikit rumit, namun jika ada dokumen sokongan yang berkaitan akan sedikit mudah.
Unknown said…
Salam encik daniel..sy peniaga kecil. Sy ada menyewa satu gerai makan dengan kadar sewa rm2000 sebulan dan telah serahkan deposit 2 bulan sebanyak rm4000 dan owner kedai hanya beri resit pembayaran tanpa tulis refundble kerana beliau kata kalau sy nak keluar nanti contra sewa dua bulan tak perlu bayar. Saya hanya berniaga 3 bulan disebabkan tiada pelanggan dan sy beritahu owner yang saya tak mahu teruskan dan mahu habiskan contra sy selama 2 bulan lagi tapi owner kata tak boleh kalau nal keluar tiada contra sebab sy tidak berniaga selama setahun.. sedangkan tiada hitam putih agreement mengatakan syarat sy perlu berniaga setahun yang dibuat oleh owner. Adakah sy boleh tuntut juga? Terima kasih banyak
Unknown said…
Salam encik daniel..sy peniaga kecil. Sy ada menyewa satu gerai makan dengan kadar sewa rm2000 sebulan dan telah serahkan deposit 2 bulan sebanyak rm4000 dan owner kedai hanya beri resit pembayaran tanpa tulis refundble kerana beliau kata kalau sy nak keluar nanti contra sewa dua bulan tak perlu bayar. Saya hanya berniaga 3 bulan disebabkan tiada pelanggan dan sy beritahu owner yang saya tak mahu teruskan dan mahu habiskan contra sy selama 2 bulan lagi tapi owner kata tak boleh kalau nal keluar tiada contra sebab sy tidak berniaga selama setahun.. sedangkan tiada hitam putih agreement mengatakan syarat sy perlu berniaga setahun yang dibuat oleh owner. Adakah sy boleh tuntut juga? Terima kasih banyak
Unknown said…
En Daniel,

Sy tuan punya kereta.bg kpd kawan utk smbung bayar (tanpa sebarang deposit). Pada mula nya ok saje die bayar. Tiba2 sgkut.die tdk buat bayaran 2-3 bln. Bank cr sy.sy bjaya berbincang dan selesaikan dgn kawan ini. Dan die smbung guna kereta dan buat byran bulanan pada bank.
Sekarang kjadian yg sama berulang.3 bln tiada pbayaran pd bank. Ofcoz bank cari saya.
Saya cuba berbincang dan bg pilihan..sekiranya tak boleh sambung byr atau tidak mampu..saya minta dia pulangkan kereta pada saya.bg mngelakkan masalah byran blanjutan.

Dia bagi syarat.saya perlu bayar rm5k utk dptkan semula kereta saya..
SayA tidak setuju..kereta masih atas nama saya.dan saya tidak kenakan sebarang byran deposit sebelum ini..cume teruS smbung bayar pada bank sahaja.

Kami mpunyai pjanjian antara kami berserta saksi. Genap setahun dia guna kereta dan buat bayaran bg pihak sy.

Boleh saya gunakan tuntutan kecil utk masalah saya?

Kami tidak mbuat pertukaran nama utk kereta tersebut, disebabkan kawan ini mempunyai komitmen lain da tidak mpunyai kelayakan utk permohonan br.

Niat utk menolong..disalah gunakan..
Saya harap dpt selesaikan sebelum masalah ini blanjutan dgn pihak bank.
Unknown said…
Encik ahmad daniel, datuk saya ada menyewakan tanah seluas 50kaki x40kaki persegi kepada satu keluarga india yg perjanjiannya telah tamat lebih 10 tahun, tapi keluarga india ini masih lagi membayar sewa bulanan seperti biasa setiap bulan walau pun perjanjian telah tamat. Bolehkah saya menuntut tanah tersebut kembali?

Unknown said…
Salam, Encik Ahmad Daniel..arwah datuk saya ada menyewakan tanah seluas 50kaki x 40kaki persegi kepada satu keluarga india dan perjanjian tersebut telah tamat dan tidak lagi diperbaharui kerana keluarga kami ingin kembali tanah tersebut atas urusan pembahagian pusaka adik beradik saya yg seramai 6 orang, masalahnya keluarga india tersebut tidak mahu melepaskan tanah tersebut atas alasan sudah berpuluh tahun keluarga mereka menetap di situ, mereka masih lagi membayar sewa bulanan sebanyak rm100 meskipun tiada apa-apa lagi perjanjian berkaitan tanah tersebut, soalnya bolehkah saya membuat tuntutan untuk mendapatkan kembali tanah tersebut dan bagaimanakah untuk memulakan proses tuntutan?
FarrahNize said…
Tuan,

Sekiranya jumlah tuntutan hutang pada individu berjumlah RM100k , tuntutan sepatutnya dipanjang kepada siapa?
unspoken_truth said…
Assalammualaikum .. pada tahun 2014 saya ambil moto atas tangan drpd kawan saya .. Dia kata dia tak mampu bayar moto trsebut .. saya ambil motor itu dgn deposit 600 .. setelah moto itu didalam tgn saya,dia memberitahu adatunggakan sebulan .. dia meminta saya membayar terlebih dahulu .. kemudian dia akan membayar balik .. tidak lama selepas itu phak bank call saya terdapat dua bulan tunggakan berjumlah 548 .. saya guna moto trsebut dgn mmbyr ansuran bulanan .. tp sepanjang moto itu dgn saya tiada SURAT HITAM PUTIH diberikan pade saya .. Sepanjang itu tiada respon yg diberikan oleh kawan saya itu ..saya mengambil keputusan untuk tidak menbayar moto tersebut selama dua bulan .. seperti mana yg dia tinggalkan saya .. Setelah pembayaran rdk dibuat, barulah dia muncul kembali dan menuntut motor tersebut .. Saya kembalikan moto itu dan telah pun membuat laporan polis .. Sekarang ni dia telah memaksa saya untuk membayar balik tunggakan dua bulan kepadanya dan duit saman atas nama saya diberikan kepada dia .. Dan bukannya pada pihak berkuasa .. Kalau tidak dia akan membawa hal ini ketengah .. Persoalannya bolehkah saya dikenakan tindakan undang2 sdgkan tiada surat hitam putih diberikan kepada saya sepanjang tahun 2014 sehinggalah 16Mac 2016 ..
Anonymous said…
Assalam encik daniel...saya membuat tuntutan kecil di mahkamah sebyk rm5000.jika sy upah seorg lawyer ianya melebihi kos tuntutan sy..

1.sy telah mengupah seorg bridal utk melakukan persiapan pekahwinan sbyk rm25750
2.sy membuat claim sbyk rm5000 atas ape yang tiada di lakukan dlm pakej.
3.jika pihak defenden mntx tarikh untuk pembelaan mcm mana ea..sama ada kena upah lawyer atau tidak?
4.dn pihak plaintif tiada wang untuk mengupah lawyer bagaimana pula?sy berharap dpt feedback dr encik daniel..
Unknown said…
Saya ingin bertanya sekiranya penghakiman persetujuan telah direkodkan diantara plaintif dan defendan,namun defendan masih ingkar untuk membuat bayaran.Kemudian Plaintif failkan notis tunjuk sebab. Adakah boleh direkodkan penghakiman persetujuan kedua?
Salam.. sy ingin bertanya utk tuntutan rm20k. Setiap transaksi melalui maybank2u kpd peminjam. Apakah cara2 ut sy membuat tuntutan? Peminjam tersebut telah mengelak utk dihubungi. Jika ada contact lawyer berdekatan gombak utk sy hubungi boleh whatapps sy 0196356610
Suzan's world said…
Encik, saya telah pinjamkan cc saya untuk bayaran bil telefon kawan saya memandangkan dia menggunakan alasan tidak ada masa untuk pergi mrmbuat bayaran. Dia berdolak-dalih nak pulangkan duit saya sebulan selepas tu. Jumlah tu hampir kepada rm650. Saya x suka cara dia menipu dan berhutang. Boleh tak saya gunakan bil bayaran yg mempunyai nombor rujukan telefon dia sebagai bahan bukti? Saya boleh sertakan sekali penyata bank saya sebagai bukti tiada kemasukan duit dari dia x?
Unknown said…
hai en. daniel nak tanya berkenaan hak penjagaan anak.Sebelumni saya ada terlepas kata mengenai hak penjagaan anak saya serahkan kepada suami saya.tapi setelah saya pikirkan saya pun nak hak penjagaan anak.saya ada 2 anak lelaki dan perempuan.saya sebagai ibu yang melahirkan anak ingin menuntut hak penjagaan tersebut.
Unknown said…
Tuan,

Kalau sekiranya kes penghutang meminjam rantai emas ibu saya dan menggadaikannya atas nama beliau, bolehkan kami menuntut hutang tersebut. Utk makluman, tiada hitam putih dibuat antara dua pihak ketika itu, cuma ada saksi ketika penyerahan barang kemas tersebut dan ketika gadaian dilakukan terdapat saksi, penghutang dan peminjam. Tindakan apakah yang boleh diambil oleh saya untuk mendapatkan kembali hak ibu saya itu memandangkan sudah masuk 4 tahun, hutang tersebut masih belum dijelas. Terima kasih.
Unknown said…
assalam encik daniel..maaf andai pertanyaan sy sdikit rumit.baru2 ini isteri saya telah diberhentikan kerja dan tidak diberi pampasan.hal ini telah diadukan kepada jab buruh..beberapa minggu kemudian pihak syarikat bekas tempat istri sy bkerja ade mnghubungi beliau dan mnyatakan ingin mnylesaikan tuntutan pampasa di luar mahkamah namun amaun yg akan dibayar oleh syarikat brkenaan adalah sbulan gaji iaitu rm1400 dari jumlah tuntutan yg layak diterima berjumlah Rm10,000 lebih..namun istri sy mnyatakan andai syarikat ingin brkerjasama mnyelesaikan hal ini pihak syarikat hnya perlu mmbayar 5 bulan gaji beliau dan akan mnutup kes ini. pihak syarikat mnyatakan hnya mampu mmbyar sejumlah kecil. dan pihak syarikat mnyatakan andai istri sy ingin mneruskan kes ini pihak syarikat akan mngambil peguam sendri dan kemungkinan akan mnukar nama syarikat.apabila dimaklumkan hal ini kepada jab buruh.jab buruh mnytakan andai syarikat mnukar nama..kes ini dianggap selesai dan istri sy tak boleh mengambil tindakan kerana tuntutan pampasan atas nama syarikat yg lama. disni sy ingin mndapat pandangan encik daniel. bolehkah dan perlukah sy mngupah peguam dan mnamakan bekas pengarah syarikat istri sy bekerja dan defenden brsama tuntutan pampasan..ini kerana ini mngelakkan dari syarikat berkenaan "lari" dari kes yg dilakukan andai syarikat mnukar nama. utk mkluman encik juga surat penamatan kerja ditandatngani oleh pengarah brkenaan sebelum istri sy diberhentikan. dan bolehkah sy membuat brsama tuntutan dari syarikat berkenaan bayaran proses guaman beserta saman tambahan andai tuah menyebelahi pihak sy. mohon pendapat dan penjelasan dari encik daniel..

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.