Skip to main content

PERSOALAN HARTANAH : SOAL JAWAB




SOALAN 1 : Bagaimana saya boleh melabur didalam hartanah jika saya adalah seorang yang “blacklist”? Dan saya mempunyai pendapatan tetap.

JAWAPAN : Mungkin masih ramai yang tidak arif akan konsep pelaburan, dan pihak kami akan menghuraikan sedikit penjelasan dari soalan seorang kenalan. Seperti yang diketahui ramai, pelaburan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi bukan semua bentuk pelaburan. Jika anda mempunyai hutang sehingga anda di istihar sebagai insudividu yang di senarai hitam, malah lagi teruk muflis oleh pihak bank tiada penyelesaikan singkat untuk anda melainkan anda meyelesaikan masalah itu dahulu. Tetapi peluang pelaburan yang lain masih banyak untuk anda teroka dan mungkin tidak membebankan kewangan anda sekarang, setelah bersedia, barulah anda mula berjinak-jinak dengan pelaburan hartanah.

Walaupun ada beberapa kaedah “loophole’ pada sistem perbankan kita yang memungkinkan individu yang di senarai hitam atau muflis untuk membeli hartanah ia tetap menuntut kos yang tinggi, malah ia sama sahaja dari kaedah atau cara peminjam lain lakukan. Sebaik-baiknya nasihat kami anda cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan hutang ini agar ia tidak menjadi bebankan dikemudian hari.

Ramai yang tahu pelaburan hartanah adalah satu kaedah pelaburan yang kukuh dan menguntungkan. Tetapi manakah lebih baik, tiada deposit atau deposit tinggi semasa membeli rumah?

Membeli hartanah dengan cara mendesak kewangan anda adalah satu pekara yang perlu dielakkan. Setiap keputusan membeli hartanah haruslah dibuat melalui pengurusan kewanan berhemah. Anda saharusnya membuat tabungan yang mencukupi dan mengurangkan tempoh bayaran ansuran (tahun bayaran). Tahap skor kredit anda akan berkurangan pada penilaian pihak bank jika kewangan anda pada paras sedarhana. setiap pemilik rumah perlu menyediakan wang tabungan tambahan untuk kos-kos baik pulih rumah nanti.

Jangan bergantung pada gaji hakiki untuk perbelanjaan kecemasan. Pastikan apabila anda membuat penilaian hartanah yang ingin dibeli ia haruslah pada perbelanjaan yang anda mampu dan jangan berbelanja lebih dari apa yang anda tidak perlu.

Mungkin ada dari pembaca yang memperolehi pinjaman 100% dari pihak pembiaya, ia mungkin satu kelebihan pada jangka masa singkat. Malah ada juga pihak pembiaya hari ini menawarkan pinjaman sehingga 30 tahun hingga 35 tahun. Walaupun anda mempunyai kelebihan ini, ia sebenarnya adalah sau komitmen yang membebankan kewangan. Sebaik-baiknya pembiayaan hartanah anda harus berada pada jangka masa 20 tahun atau sekurang-kurangnya 25 tahun. Ini bagi megelakkan pembayaran faedah pinjaman yang berlebihan yang sebenarnya anda boleh elakkan.




SOALAN 2 : Jika pinjaman rumah 20-25 tahun, saya nak makan apa? Kalau tunggu-tungu lagi mungkin saya tidak akan beli rumah sampai bilai-bila.

JAWAPAN : Dari apa yang kami katakan tadi, pembelian rumah harus dengan deposit tinggi dan tempoh pinjaman harus diminimakan. Ini bagi menjimatkan faedah bank yang anda akan bayar secara berkala. Jika anda seorang yang memahami kaedah pembayaran dan formula faedah pinjaman pasti anda mula memikirkan kaedah yang terbaik bagi meminima pembayaran balik seperti apa yang kami katakan.

Kesimpulannya, pelaburan adalah satu kaedah untuk kita mengurus kewangan agar dapat ia digunakan pada kemudian hari. Walau sehebat manapun bentuk pelaburan yang kita rancang, hakikatnya ia bakal menuntun kos tambahan dari pendapatan hakiki kita hari ini. Dengan pelaburan anda boleh mencipta hutang yang berganda atau anda boleh menyelesaikan hutang dengan cara yang terancang

redit: Kumpulan Pengurusan Hartanah Kelantan

Comments

Unknown said…
saya nak tanya ayah saya nak jual rumah tpi ada dua nama yg pertama nama arwah ibu saya yg kedua nama ayah saya..persoalannya apabila dijual rumah itu adakah ia akan di faraidkan?

Ahmad Deniel said…
sila selsaikan urusan faraid bahagian arwah ibu terlebih dahulu. ia boleh dilakukan melalui Pembahagian pusaka di Pejabat tanah
ARRISHRAZIN said…
Saya menjual rumah saya dengan harga RMM900000.00-, rumah tersebut adalah dibawah nama saya dan bekas isteri saya. Saya mengambil peguam untuk menyemak perjanjian jual beli dan menjaga kepentingan saya. Saya ingin tahu
berapakah kos guaman biasa bagi perkhidmatan tersebut? Harap sangat pihak tuan sudi membantu saya kadar guaman tersebut. Terimakasih
ARRISHRAZIN said…
Saya menjual rumah saya dengan harga RMM900000.00-, rumah tersebut adalah dibawah nama saya dan bekas isteri saya. Saya mengambil peguam untuk menyemak perjanjian jual beli dan menjaga kepentingan saya. Saya ingin tahu
berapakah kos guaman biasa bagi perkhidmatan tersebut? Harap sangat pihak tuan sudi membantu saya kadar guaman tersebut. Terimakasih

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.