Skip to main content

Nak beli rumah lelong, bagaimana caranya?(Siri 2- pada hari dan masa lelongan)

Nak beli rumah lelong, bagaimana caranya?


(Siri 2- pada hari dan masa lelongan)
Oleh : Salkukhairi Abd Sukor
Peguam Hartanah


Kali ini saya ingin senaraikan pula tip-tip yang mungkin boleh diambil panduan oleh anda pada masa hari lelongan.


1. Pastikan anda datang awal ke tempat lelongan sebagaimana yang dinyatakan dalam Notis Lelongan. Walaupun waktu lelongan bermula pada pukul 10.00 pagi, ingin saya ingatkan, sila datang ke tempat lelongan 15 minit sebelum pukul 9.00 pagi. Dalam erti kata lain, pukul 8.45pagi selewat-lewatnya anda sudah kena berada di tempat lelongan. Kenapa awal sangat ?. Bukan kah waktu lelongan bermula pukul 10.00 pg.?
Ya, Walaupun waktu lelongan bermula jam 10.00 pagi, anda kena serahkan BANK DRAFT deposit harga rezab lelongan tersebut kepada pegawai Mahkamah atau Pelelong atau kepada Pentadbir Tanah selewat-lewatnya pada jam 9.00 pagi. JIKA LEWAT SERAHKAN BANK DRAFT TERSEBUT, WALAUPUN SEMINIT, ANDA SECARA OTOMATIKNYA AKAN HILANG KELAYAKAN UNTUK MEMBIDA DALAM LELONGAN TERSEBUT!!


2. Selepas anda serahkan bank draft tersebut, saya galakkan anda terus pergi ke bilik atau tempat dimana lelongan tersebut dijalankan. Tunggulah dibilik / di tempat tersebut sehingga lelongan bermula.


3. Saya amat tidak galakkan anda merayau-rayau disekitar kawasan diluar daripada tempat/bilik lelongan. Ini kerana disitu akan ada ramai “ULAT-ULAT HARAM” yang sengaja cuba mengacau anda. Apa yang ULAT-ULAT haram ini akan lakukan adalah, mereka akan approach anda dan buat-buat bertanya anda sama ada anda hendak masuk lelongan jugak ke?? Dan utk rumah yang mana satu ??
Kalau anda jujur bagitau yang saya hendak masuk lelong untuk rumah sekian sekian, lantas mereka akan kata "Bos! dah ramai orang mau bid itu rumah ma, chance u mau menang susah ooo..sana tu u tengok itu 5 6 org suma mau bid itu rumah..I pun mau bid jugak..mcm ni lah bos, kalau u sungguh-sungguh mau bid aa, kita boleh kasi u bid lah..kita pun tak mau kacau lah..tapi u kasi sikitlah sama kita..tak de banyak ooo..dalam RM5,000.00 saje ma..""Kalau u bid jugak, silap-silap harga naik lagi banyak, lebih RM5,000.00..satu kali naik harga RM10,000.00..kalau u kasi kita, baru RM5,000.00 saje..u still untung bos!!"
Inilah antara skrip ULAT HARAM yang banyak berlegar-legar di tempat lelongan. Mereka bukan mahu masuk lelong secara ikhlas pun, tapi hanya maukan duit untung atas angin sahaja. Kalau orang yang baru first time hendak sambut lelong dan memang bersungguh sangat mahukan rumah tu, tanpa memikir panjang ramai yang telah bersubahat dengan kerja HARAM mereka. Mereka akan ikut sahaja kemahuan ulat-ulat tersebut dan bayar sahaja apa yang ULAT HARAM mahukan, asalkan dia dapat rumah tersebut.


4. Ingatlah tn/pn. Kalau anda terlibat sama dalam perkara tersebut, anda bukan sahaja telah melanggar undang-undang kerana boleh dianggap sebagai TELAH MEMBERI RASUAH, bahkan bagi orang Islam, anda juga telah melakukan satu dosa disisi Allah. Macam manalah hendak dapat keberkatan dalam harta yg dimiliki, jika sejak awal-awal lagi anda telah terjebak dengan perbuatan yang HARAM lagi BERDOSA. Tepuk dada, tanyalah IMAN!



5. Pesan saya, kalau anda betul-betul anak jantan, dan percaya rezki itu datangnya daripada Allah, bida sahaja lah semasa lelongan itu nanti. Jangan kisah dan layan ULAT-ULAT yang mengacau tersebut. Sebab kebiasanya ulat-ulat ini kalau nampak kita betul-betul serius semasa bidaan, akhirnya mereka akan tarik diri juga. Percayalah! Jika anda ikhlas dan jujur, pastinya ada rezki untuk anda!
Cuma pesan saya, anda kena ada TARGET setakat mana anda rasa harga paling tinggi (maksimum) yang anda boleh dan mampu utk bida. Kalau selagi belum sampai harga maksimum tersebut, bida sahaja lah. Kalau sudah Allah tentukan rumah itu rezki untuk anda, ianya pasti akan menjadi milik anda!


6. Semasa proses lelongan dibuat pada jam 10.00 pagi, hanya mereka yang telah serahkan bank draft sahaja yang boleh sambut lelong. Yang lain tengok sahaja lah ya. Pelelong akan memanggil nama-nama mereka yang boleh bersaing dalam lelongan sesuatu rumah tersebut. Setelah membaca serba sedikit maklumat tentang rumah tersebut, pelelong akan menyatakan harga rezab rumah tersebut. Jika ada bidaan daripada mana-mana individu yang layak membida tadi, maka harga rezab tersebut akan dinaikkan sedikit demi sedikit, biasanya dalam RM5 hingga RM10 ribu kenaikan. Sehinggalah tiada siapa lagi yang sanggung membida dengan harga yang dinaikkan oleh pelelong tersebut, maka rumah tersebut akan menjadi miliknya.



7. Selepas anda berjaya dalam lelongan tersebut, anda akan menandatangani Kontrak Jualan Secara Lelongan yang disediakan oleh pelelong dan ditandatangan juga oleh Pendaftar Mahkamah atau Pentadbir Tanah. Selepas Kontrak Jualan tersebut di mati stem oleh pelelong, satu salinannya akan diserahkan kepada anda. Biasanya, pelelong akan mengenakan caj perkhidmatan kepada anda. Setelah anda jelaskan caj perkhidmatan kepada pelelong tersebut, satu salinan Kontrak Jualan tersebut akan diserahkan kepada anda. Tetapi sebaliknya, jika anda tidak berjaya, bank draft anda tadi akan dikembalikan semula kepada anda.

Comments

Unknown said…
Tq tuan,sgt membantu...tq

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.