Skip to main content

Sebelum ‘decide’ beli rumah dengan Pemaju, apa yg patut anda tahu dan buat?




Oleh:
Salkukhairi Abd Sukor
Peguam Hartanah

Ramai orang hanya melihat kepada harga, lokasi dan ciri-ciri fizikal sesebuah rumah yg ingin dibeli dengan Pemaju tanpa mengetahui sebenarnya, banyak lagi perkara yg lebih penting yg anda kena beri tumpuan sebelum anda decide utk beli sesebuah rumah yg dijual oleh Pemaju. Diantara perkara-perkara tersebut adalah:-


1. Selidikilah dulu latar belakang syarikat pemaju tersebut dengan cara melakukan carian syarikat (company search) di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Carian Penggulungan (Winding up search) di Jabatan Insolvensi utk mengetahui maklumat2 penting ttg syarikat tersebut.


2. Melalui carian syarikat anda boleh mengetahui ttg status syarikat tersebut sama ada ianya syarikat yg berdaftar ataupun tidak, bilakah syarikat tersebut ditubuhkan, adakah syarikat tersebut didaftarkan sbg syarikat yg menjalankan perniagaan pemajuan hartanah ataupun tidak (kerana banyak syarikat yg buat bisnes hartanah tp sbnrnya syarikat tersebut tidak pun didaftarkan sbg syarikat yg mana perniagaannya adalah pemajuan hartanah).


3. Melalui carian syarikat juga anda boleh mengetahui siapakah pemegang saham syarikat tersebut, ahli lembaga pengarah dan juga modal berbayar (paid-up capital) serta untung rugi syarikat tersebut. Maklumat tersebut dapat memberi gambaran awal kpd anda ttg sejauh manakah establishnya serta kemampuan syarikat tersebut untuk memajukan sesuatu projek hartanah. Kalau syarikat yg modal berbayarnya (paid-up capitalnya) hanyalah RM2 atau baru seminggu didaftarkan, bagaimanakah anda boleh meyakini ianya mampu melaksanakan satu projek perumahan yg melibatkan 100 unit buah rumah misalnya.


4. Manakala melalui Winding-up serach pula anda boleh mengetahui sama ada syarikat tersebut masih aktif dan tidak digulungkan (bankrupt) atau sebaliknya.


5. Sila semak ttg pengalaman dan track record pemaju tersebut dlm bidang hartanah dan berapa banyakkah projek perumahan yg pemaju tersebut tlh bina dan siapkan dengan menghubungi Bahagian Perlesenan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kalau anda dah tahu yg syarikat tersebut ada projeknya pernah terbengkalai dan bermasalah, dan pernah di blacklist oleh kementerian, eloklah jangan ambil risiko utk membeli rumah yg dibina olehnya.


6. Sila semak juga dgn kementerian sama ada pemaju tersebut telah memperolehi lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan atau tidak untuk sesuatu projek perumahan yg didirikan dan dijual tersebut . Jika sudah ada, sila mintak drpd pemaju tersebut salinan Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan utk projek tersebut sebagai pengesahan.


7. Sila mintak salinan geran rumah yg anda hendak beli tersebut drpd pemaju dan lakukanlah carian tanah (land serach) di pejabat tanah yg berkenaan untuk mengetahui tentang maklumat2 berkaitan tanah tapak rumah tersebut.


8. Jgn tergesa-gesa untuk t.tgn perjanjian jual beli selagi anda masih belum berpuas hati sepenuhnya dgn hartanah tersebut. Kalau boleh tanya, mintak dan clarify lah apa sahaja dgn pemaju berkenaan dgn rumah tersebut. Ini kerana setelah anda menandatangani perjanjian jual beli kelak anda dianggap telah terikat dgn terma2 perjanjian jual beli tersebut dan kebiasaannya, pemaju pun sudah agak kurang minat untuk melayan anda lagi, sbb mereka sudah berjaya ikat anda.

Comments

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.