Skip to main content

Posts

Menjadi Saksi dan Mengendalikan Dokumen Pinjaman Yang Melibatkan Riba

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri, Saya ingin bertanya apakah kedudukan peguam yang bekerja makan gaji dan menjadi saksi kepada dokumen pinjaman yang melibatkan riba? Adakah beliau tergolong di dalam kumpulan yang dilaknat dan bagaimana kedudukan gaji yang diterimanya setiap bulan dari firma yang mengendalikan dokumen- dokumen yang antaranya termasuk berunsurkan riba? Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat. Kami mulakan dengan firman Allah SWT: وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْۚ Maksudnya: “Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.” (Surah al-Baqarah: 275) Imam al-Qurtubi menjelaskan bahawa lafaz jual beli ini adalah dalam bentuk umum namun pada masa yang sama ia juga khusus, iaitu terkecuali daripada riba dan selainnya yang dilarang dan d
Recent posts

FATWA HUKUM ISU RIBA DALAM BIDANG TUGAS PEGUAM

Mewujudkan firma guaman yang bebas daripada unsur-unsur riba, gharar dan perjudian adalah fardhu kifayah. Ia merupakan langkah yang amat penting demi membangunkan ekonomi umat Islam. Kewujudan firma guaman yang berdasarkan kepada prinsip syariah islamiah menjadikan pelengkap kepada sistem ekonomi Islam dan penyempurnaan tuntuan agama kerana ia melibatkan penyertaan modal serta harta yang dimiliki oleh umat islam dalam kegiatan muamat. Ciri-ciri utama prinsip syariah islamiah bagi meluluskan sesuatu syarikat perniagaan (termasuk firma guaman) ialah : 1)Kegiatan utama syarikat itu tidak berasaskan riba. 2)Tiada unsur perjudian 3)Pengeluaran barangan yang dibenarkan oleh syarak. 4)Tidak mengandungi unsur gharar iaitu ketidakpastian atau penipuan atau atau akad yang tidak jelas Oleh itu, sesuatu syarikat perniagaan (termasuk firma guaman) dikatakan halal perniagaannya apabila:- I.Kegiatan dan perolehan syarikat induk dan kegiatan serta perolehan anak syarikat tidak terlibat dengan kegiat

Hukum Kerja Peguam, Saksi & Penjamin Pinjaman Bank Konvensional

Soalan : Pak Di : 1. Adakah perbankan Islam sekarang sudah mampu memberi ruang pekerjaan kepada beribu-ribu pegawai bank Muslim di bank konvensional? 2. Kalau macam tu, adakah lawyer S&P pun dapat duit haram sebab klien nak pinjaman konvensional, bukan BBA? Jawapan : 1) Benar, memang belum cukup, bagi yang berminat untuk mengetahui hukum kerja di bank, insuran dan pelaburan bercampur konvensional, sila rujuk http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=240&Itemid=63 Kesimpulan saya dalam hal ini adalah, kerjaya itu tertakluk kepada jenis pekerjaan anda, tuidak semua yang bekerja di bank, syarikat insuran dan pelaburan perlu berhenti. Ia bergantung kepada direct atau tidaknya seseorang. Ini perlu penjelasan yang panjang pula, cuma boleh buka link di atas untuk memahami erti 'direct' dan tidak. Justerun, yang pasti haram adalah seperti yang bekerja berkempen sebagai marketing executive, manager atau agent kepada produk home loan, credit card

Adakah Hukuman Pemenjaraan adalah hukuman terbaik bagi semua kes kes Jenayah?

Adakah Hukuman Pemenjaraan adalah hukuman terbaik bagi semua kes kes Jenayah?  1) .  Dalam konsep hukuman, hukuman yang terbaik adalah hukuman yang mampu mengubah pesalah kepada kehidupan yang baik dari kehidupan sebaliknya. Maka, tiada satu sifir tetap berkaitan hukuman yang sewajarnya bagi sesuatu kesalahan jenayah. Banyak faktor akan dipertimbang.  2) . Dalam kes PP v Morah Chekwube Chukwudi [2017] MLJU 958; [2017] 1 LNS 864 Mahkamah menyatakan:- “Jurisprudence relating to sentence  [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a) the gravity or  severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender's previous record; (e) the offender's contribution and support to his family members; (f) the offenders means; (g) the effect of conviction and sentence on his job

Tiada Kasta Saksi Di Mahkamah. Saksi Polis?

1. Bagi sesuatu perbicaraan kes, khususnya kes jenayah di Mahkamah, keterangan saksi-saksi polis akan  diperlakukan sama seperti saksi-saksi yang lain, di mana Mahkamah akan menelitinya dengan cermat bagi memutuskan sama ada ia boleh dipercayai atau disandarkan.  2. Ujian yang ketat terhadap ketepatan (accuracy) dan kredibiliti (credibility) semua saksi, termasuklah saksi- saksi polis, akan dibuat oleh Pihak Mahkamah.  3. Tiada 'kasta' di kalangan saksi. 4. Merujuk kes KESAVAN KRISHNAN lwn. PP & SATU LAGI RAYUAN, [2015] 6 CLJ 163, Mahkamah Rayuan, Putrajaya, Aziah Ali Hmr;   Tengku Maimun Mat Hmr; Mohd Zawawi Salleh Hmr, memetik sepertimana berikut:- “..[39] Dalam alasan penghakimannya, hakim bicara menerima keterangan saksi-saksi polis (SP3 dan SP4) kerana mereka dikatakan tidak mempunyai apa-apa kepentingan, apatah lagi untuk mereka-reka cerita. Tambahan pula, mereka tidak pernah berjumpa dan tidak mengenali satu sama lain. Justeru, tidak timbul perayu pertama

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora

Prinsip ‘Gap Principle’ Dalam Mitigasi Peringanan Hukuman Bagi Kes Jenayah di Malaysia.

1. Tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan. Namun, apa yang paling penting adalah usaha untuk merubah diri, yang mana proses ini akan mengambil masa yang panjang dan berperingkat. Ada berjaya dan sebaliknya. 2. Sebegitulah juga bagi mana-mana individu yang terlibat dalam kancah jenayah. Terutama dalam penggunaan najis dadah. Ada yang benar-benar berubah selepas ditangkap, namun selepas beberapa ketika, mungkin selang berpuluh tahun, akan terjebak kembali. Apabila ditangkap, didakwa di Mahkamah, tetap juga menerima hukuman.  Kita menduga pasti hukuman  lebih berat akan dikenakan. Kebiasaan sebegitulah. 3. Namun, dalam kes sebegini, terdapat keadaan khas dan tertentu boleh dijadikan hujah oleh tertuduh atau Peguambela dalam memohon hukuman yang sedikit ringan dari pihak Mahkamah Yang Mulia atas dasar tertuduh ini telah lama berubah sejak sekian lama, namun baru sahaja kini terjebak kembali.  Mitiagasi ini boleh diprinsipkan sebagai ‘Gap Principle’. 4. Prinsip ini