Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

Prinsip ‘Gap Principle’ Dalam Mitigasi Peringanan Hukuman Bagi Kes Jenayah di Malaysia.

1. Tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan. Namun, apa yang paling penting adalah usaha untuk merubah diri, yang mana proses ini akan mengambil masa yang panjang dan berperingkat. Ada berjaya dan sebaliknya. 2. Sebegitulah juga bagi mana-mana individu yang terlibat dalam kancah jenayah. Terutama dalam penggunaan najis dadah. Ada yang benar-benar berubah selepas ditangkap, namun selepas beberapa ketika, mungkin selang berpuluh tahun, akan terjebak kembali. Apabila ditangkap, didakwa di Mahkamah, tetap juga menerima hukuman.  Kita menduga pasti hukuman  lebih berat akan dikenakan. Kebiasaan sebegitulah. 3. Namun, dalam kes sebegini, terdapat keadaan khas dan tertentu boleh dijadikan hujah oleh tertuduh atau Peguambela dalam memohon hukuman yang sedikit ringan dari pihak Mahkamah Yang Mulia atas dasar tertuduh ini telah lama berubah sejak sekian lama, namun baru sahaja kini terjebak kembali.  Mitiagasi ini boleh diprinsipkan sebagai ‘Gap Principle’. 4. Prinsip ini