Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Cara 'memperundangkan' hudud dari segi syariah

Pelaksanaan undang-undang hudud menimbulkan pelbagai polemik apabila Kelantan yang menjadi negeri pertama yang akan melaksanakannya selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan diluluskan. Wartawan Harakah, NYZA AYOB mendapatkan kupasan lanjut isu ini bersama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa. Ikuti wawancara bersama beliau yang diadakan pada 28 April lalu. HARAKAH: Apakah halangan yang dihadapi Kelantan dalam melaksanakan undang-undang hudud ini? DATO’ DR MUJAHID: Sejak 1993 apabila kerajaan Kelantan mula memperkenalkan Kanun Jenayah Syariah, Kelantan telah menubuhkan jawatankuasa yang berperanan memberi aspek penerangan kepada orang ramai tentang bagaimana hendak ‘memperundangkan’ ia melalui falsafah hudud daripada segi syariah secara menyeluruh dan sebagainya . Jadi jawatankuasa itu setiap tahun berseminar mengenai hudud di Kelantan dan dijemput keluar untuk memberikan seminar. Tetapi setelah beberapa lama usa