Skip to main content

Posts

Showing posts with the label TIP PANDUAN MEMEBELI RUMAH DARIPADA PEMAJU PERUMAHAN

PINDAH MILIK HARTANAH KEPADA WARIS : Salkukhairi Sukor

Kepada orang awam, tahukah anda yg anda boleh lakukan sendiri urusan pindahmilik hartanah kpd waris anda (spt isteri, suami, anak, ibu bapa,dsbg) tanpa perlu menggunakan khidmat peguam DENGAN SYARAT:- 1.    Pemberi Pindah Milik (PPM) adalah tuan punya berdaftar hartanah tersebut. Dalam erti kata lain, dalam geran tertulis nama PPM sebagai tuan punya berdaftar. Sekiranya dlm geran masih lagi nama org lain dan bukannya nama PPM maka khidmat nasihat peguam adalah diperlukan. 2.     Hartanah tersebut bebas drpd sebarang halangan (free from all encumbrances). Misalnya Hartanah tersebut tidak digadaikan kpd mana2 bank atau bebas drpd sebarang kaveat oleh mana-mana pihak. Jika hartanah tersebut terdapat sebarang halangan, maka sila dapatkan nasihat dan khidmat peguam utk menyelesaikannya. 3      Urusan pindah milik tersebut tidak melibatkan transaksi jual beli di antara PPM dan Penerima Pindah Milik (PNPM). Jika melibatkan urusan jual beli, satu perj...

TIPS MEMBUAT PEMBIAYAAN PERUMAHAN DENGAN BANK - OLEH Salkukhairi Sukor (BHGN 1)

Tips ini saya khususkan untuk mereka yg ingin membeli rumah sub-sale. Bagi mereka yg ingin membeli rumah dengan pemaju, kebiasaannya pemaju yg akan tolong uruskan pembiayaan dgn bank.  Jadi tiada masalah sgt. Diantara tips-tips tersebut adalah : 1. Sila semak atau buat sedikit kira2 ttg kelayakan pinjaman anda terlebih dahulu sebelum menandatangani sesuatu Perjanjian Jual Beli. Ini kerana apabila anda telah menandatangani perjanjian jual beli, sanda telah diikat dan terikat untuk menjelaskan bayaran harga jual beli dalam tempoh yg ditetapkan. Seandainya pembiayaan perumahan anda tidak diluluskan anda tetap bertanggungngan utk menjelaskan bayaran harga jual beli. Dan pastinya jika itu berlaku ia satu malapetaka buat anda kelak. Untuk panduan kita bersama, disini dilampirkan formula yg mungkin boleh membantu utk menilai kelayakan pinjaman anda mengikut pendapatan masing2 berdasarkan formula DEBT SERVICE RATIO (DSR). (Sila rujuk lampiran di bawah).  Bagi gaji b...

TIP PEMBELIAN RUMAH DENGAN PEMAJU : Salkukhairi Abd Sukor

Baik, apa yg anda WAJIB tahu sebelum putuskan untuk membeli rumah dengan Pemaju (Developer)?? 1.)      Sebelum anda putuskan untuktk membeli rumah dengan sesebuah syarikat pemaju, selidikilah dulu latar belakang pemaju tersebut. Cuba dapatkan sedikit gambaran tentang  syarikat tersebut. Saya amat galakkan anda untuk membuat carian syarikat (company search) untuk mengetahui maklumat-maklumat penting tentang syarikat tersebut. 2.)      Melalui carian syarikat anda boleh mengetahui tentang status syarikat tersebut sama ada ianya syarikat berdaftar ataupun tidak, sama ada ianya masih aktif dan tidak digulungkan (bankrupt) atau sebaliknya, bilakah syarikat tersebut ditubuhkan dan adakah syarikat tersebut didaftarkan sebagai syarikat yang menjalankan perniagaan pemajuan hartanah ataupun tidak (kerana banyak syarikat yang buat bisnes hartanah tapi sbnrnya syarikat tersebut tidak pun didaftarkan sebagai syarikat yang mana per...

BAGAIMANA MEMILIH HARTANAH KEDIAMAN

Hartanah kediaman datang didalam pelbagai bentuk dan saiz. Pasti anda telah berfikir dimana hartanah kediaman untuk keluarga anda dengan faktor suasana, saiz, jumlah bilik tidur, berdek atan dengan tempat kerja, dekat dengan sekolah dan mudah untuk membeli barang-barang keperluan menjadi keutamaan. Perkara-perkara diatas mungkin memeningkan kepala anda kerana bukan semua hartanah itu benar-benar menepati citarasa anda. Pada hari ini pihak kami ingin berkongsi satu tip apakah perkara terpenting untuk memilih hartanah yang perlu anda tahu. Sumber pemilihan hartanah pada asasnya berdasarkan pada 4 jenis hartanah yang anda ingin miliki. Hartanah kediaman datang didalam beberapa bentuk seperti kediaman baru, kediaman terpakai, beli baik-pulih, dan lelong. 1. Kediaman Baru Ada pelbagai keistimewaan apabila membeli hartanah kediaman baru. Disebabkan hartanah yang baru, jadi kos pembaikan dan penyelenggaraan adalah minima dan kebanyakkan pemaju mempunyai tempoh jaminan s...

TIP PANDUAN MEMEBELI RUMAH DARIPADA PEMAJU PERUMAHAN (DEVELEPOR)

1)       BEBERAPA ASPEK PENTING BAGI PEMBELI RUMAH    Sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan: Pemaju Perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih lagi berkuatkuasa 2)       KENAL PASTI JENIS RUMAH Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB/SNP) untuk tanah dan bangunan (landed property) seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres ialah 24 bulan. SPJB untuk bangunan yang dipecahbahagikan (Building intended for subdivision) seperti kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar ialah 36 bulan. Pembeli adalah dinasihatkan mendapatkan brosur/risalah secara percuma daripada pemaju di mana di dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuk nombor lesen, permit dan sebagainya. 3)       STATUS TANAH Pastikan status tanah sama ada:- • Hakmilik Kek...