Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Undang-Undang

TIPS MEMBUAT PEMBIAYAAN PERUMAHAN DENGAN BANK - OLEH Salkukhairi Sukor (BHGN 1)

Tips ini saya khususkan untuk mereka yg ingin membeli rumah sub-sale. Bagi mereka yg ingin membeli rumah dengan pemaju, kebiasaannya pemaju yg akan tolong uruskan pembiayaan dgn bank.  Jadi tiada masalah sgt. Diantara tips-tips tersebut adalah : 1. Sila semak atau buat sedikit kira2 ttg kelayakan pinjaman anda terlebih dahulu sebelum menandatangani sesuatu Perjanjian Jual Beli. Ini kerana apabila anda telah menandatangani perjanjian jual beli, sanda telah diikat dan terikat untuk menjelaskan bayaran harga jual beli dalam tempoh yg ditetapkan. Seandainya pembiayaan perumahan anda tidak diluluskan anda tetap bertanggungngan utk menjelaskan bayaran harga jual beli. Dan pastinya jika itu berlaku ia satu malapetaka buat anda kelak. Untuk panduan kita bersama, disini dilampirkan formula yg mungkin boleh membantu utk menilai kelayakan pinjaman anda mengikut pendapatan masing2 berdasarkan formula DEBT SERVICE RATIO (DSR). (Sila rujuk lampiran di bawah).  Bagi gaji b...

Jual Beli Hartanah dan Peguam

1)       Sebagai anggota masyarakat kini, mahu tidak mahu pasti akan terlibat dalam proses jual beli rumah atau tanah. Namun apabila ditanya soal proses jual beli, dokumen, wang deposit, wang booking , tanah/rumah digadai, hutang terdahulu, urusan dengan bank, pendaftaran pejabat tanah, kita jadi hilang punca. Maka di sinilah terletak peranan peguam di dalam menguruskan urusan jual beli tanah/rumah tersebut. Tidak dinafikan anda boleh melakukan segala urusan jual beli tersebut, tetapi sudah pasti ia melibatkan banyak masa dan terpaksa berurusan dengan pelbagai pihak dan juga melalui proses-proses yang sebegitu asing dan pada akhirnya wujud risiko anda ditipu atau diainanya.   2)       Maka bagi para penjual dan pembeli, pilih dan lantik seorang peguam yang boleh menjaga kepentingan anda sebelum menandatangani sebarang perjanjian jual beli hartanah, baik rumah kediaman, kedai, apartmen, kondominium, kilang dan sebagainya. ...

(Prosidur Tuntutan Kecil) Mahkamah Majistret

PROSIDUR TUNTUTAN KECIL DI MAHKAMAH MAJISTRET Mahkamah Tuntutan Kecil diwujudkan bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membuat tuntutan yang berupa hutang, pelanggaran kontrak/perjanjian, perkhidmatan dan lain-lain di mana jumlah tuntutan ialah tidak melebihi RM5,000.00 sahaja. Asasnya, Mahkamah ini diwujudkan bagi membicara kes di mana hanya pihak menuntut dan pihak kena tuntut sahaja yang terlibat tanpa menggunakan peguam bagi tujuan mengurangkan kos guaman yang ditanggungi pihak-pihak. Ini membolehkan pihak-pihak yang mempunyai masalah keawangan bagi melantik peguam, untuk memfailkan dan mengendalikan secara senidiri tuntutan mereka di Mahkamah. Walaubagaimanapun, pihak-pihak mempunyai pilihan untuk berunding/mendapatkan nasihat daripada peguam di luar Mahkamah bagi memudahkan urusan tuntutan di Mahkamah kelak. APAKAH PERKARA-PERKARA YANG BOLEH DITUNTUT? 1. Mendapatkan kembali hutang. 2. Tuntutan barangan. 3. Upah sesuatu perkhidmatan yang tak dibayar. 4....