Skip to main content

Posts

Showing posts with the label BAYARAN GUAMAN/CUKAI (URUSAN JUAL BELI

PERUNTUKAN YANG ANDA KENA TAHU BERKAITAN UNDANG-UNDANG SEWAAN HARTANAH [Salkukhairi Abd Sukor]

1) Tempoh sewaan mestilah tidak melebihi 3 tahun sahaja. Sekiranya lebih ia tidak lagi dianggap sebagai sewaan, tetapi pajakan. 2) Deposit sekuriti tidak boleh dalam apa jua keadaan sekalipun ditolak sebagai bayaran sewaan bulanan. Ianya hanya satu bentuk cagaran utk mempastikan tuan punya dan penyewa mematuhi segala terma dan syarat sewaan. 3) Penyewa adalah bertanggungjawab atas kosnya sendiri utk membaiki segala kerosakan premis sewaan yang disebabkan oleh kesan penggunaan (wear & tear) premis tersebut. 4) Sewaan boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak (sama ada tuan punya atau penyewa) lebih awal daripada tempoh sewaan sebenar, dengan syarat mana-mana pihak yang  ingin menamatkan sewaan lebih awal hendaklah memberi dua bulan notis bertulis kepada pihak yang satu lagi. 5) Perlanjutan tempoh sewaan adalah atas budi bicara tuan punya sepenuhnya. 6) Kegagalan/ kelewatan penyewa menjelaskan bayaran sewaan bulanan pada tarikh yang ditetapkan ...

PEMBELIAN TANAH LOT BANGLO : Salkukhairi Abd Sukor,

Memandangkan harga rumah siap dibina atau di dalam pembinaan semakin mahal, ramai yang memilih untuk membeli tanah lot banglo untuk didirikan rumah di atasnya. Selain drpd bakal memiliki kawasan rumah yang lebih luas, kos untuk membina sebuah rumah di atas tanah lot sendiri juga adalah jauh lebih murah berbanding dengan membeli sebuah rumah melalui pemaju atau rumah sub-sale. Namun begitu, anda harus berhati2 supaya pelaburan yg anda keluarkan utk membeli sebidang tanah lot itu berbaloi. Jangan pula sampai duit dah habis, tapi habuk tanah lot pun tak dapat2.. Oleh yang demikian, disini saya senaraikan beberapa tips ringkas dan mudah dipraktiskan yg mungkin serba sedikit dapat membantu kalian dlm urusan pembelian tanah lot ini. 1.    Drpd pengalaman dan pemerhatian saya, terdapat 2 keadaan dimana tanah lot banglo ini dijual:- i.    Tanah lot yang telah dipecah bahagi drpd satu Geran Besar (Master Title) kpd Geran Individu yang berasingan, dimana syarat kegun...