Skip to main content

Posts

Showing posts with the label hukum riba

TIP PEMBELIAN RUMAH DENGAN PEMAJU : Salkukhairi Abd Sukor

Baik, apa yg anda WAJIB tahu sebelum putuskan untuk membeli rumah dengan Pemaju (Developer)?? 1.)      Sebelum anda putuskan untuktk membeli rumah dengan sesebuah syarikat pemaju, selidikilah dulu latar belakang pemaju tersebut. Cuba dapatkan sedikit gambaran tentang  syarikat tersebut. Saya amat galakkan anda untuk membuat carian syarikat (company search) untuk mengetahui maklumat-maklumat penting tentang syarikat tersebut. 2.)      Melalui carian syarikat anda boleh mengetahui tentang status syarikat tersebut sama ada ianya syarikat berdaftar ataupun tidak, sama ada ianya masih aktif dan tidak digulungkan (bankrupt) atau sebaliknya, bilakah syarikat tersebut ditubuhkan dan adakah syarikat tersebut didaftarkan sebagai syarikat yang menjalankan perniagaan pemajuan hartanah ataupun tidak (kerana banyak syarikat yang buat bisnes hartanah tapi sbnrnya syarikat tersebut tidak pun didaftarkan sebagai syarikat yang mana per...

Pekerjaan berkaitan Arak & Riba, Bagaimana?

Terdapat dua jenis pekerjaan yang kadang-kadang umat Islam alpa/lupa mengenai pengharamannya. Yang pertama, ialah semua jenis pekerjaan yang ada kaitan dengan arak. Yang kedua, ialah semua jenis pekerjaan yang berkaitan dengan riba’. 1. Pekerjaan yang berkaitan dengan arak. Pengharaman ini telah diperincikan menerusi hadith nabi yang bermaksud: “Rasulullah s.a.w. melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak: 1. Yang memerahnya 2. yang minta diperahkan untuknya 3. yang meminumnya 4. yang membawanya 5. yang minta dihantarinya 6. yang menuangkannya 7. yang menjualnya 8. yang makan harganya 9. yang membelinya 10. yang minta dibelikannya.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah) Dalam riwayat yang lebih kuat, Rasulullah bersabda: Hadith Nabi SAW : “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak, maka barangsiapa yang telah mengetahui ayat ini dan dia masih mempunyai arak walaupun sedikit, jangan minum dan jangan menjualnya.” (Riwayat Muslim) Justeru, adalah jelas hukum beberapa jeni...