Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ceramah Agama

PINDAH MILIK HARTANAH KEPADA WARIS : Salkukhairi Sukor

Kepada orang awam, tahukah anda yg anda boleh lakukan sendiri urusan pindahmilik hartanah kpd waris anda (spt isteri, suami, anak, ibu bapa,dsbg) tanpa perlu menggunakan khidmat peguam DENGAN SYARAT:- 1.    Pemberi Pindah Milik (PPM) adalah tuan punya berdaftar hartanah tersebut. Dalam erti kata lain, dalam geran tertulis nama PPM sebagai tuan punya berdaftar. Sekiranya dlm geran masih lagi nama org lain dan bukannya nama PPM maka khidmat nasihat peguam adalah diperlukan. 2.     Hartanah tersebut bebas drpd sebarang halangan (free from all encumbrances). Misalnya Hartanah tersebut tidak digadaikan kpd mana2 bank atau bebas drpd sebarang kaveat oleh mana-mana pihak. Jika hartanah tersebut terdapat sebarang halangan, maka sila dapatkan nasihat dan khidmat peguam utk menyelesaikannya. 3      Urusan pindah milik tersebut tidak melibatkan transaksi jual beli di antara PPM dan Penerima Pindah Milik (PNPM). Jika melibatkan urusan jual beli, satu perj...

Koleksi Ceramah-Ceramah Agama, MUST LISTEN

Setiap manusia membuat kesilapan, begitulah juga penceramah-penceramah di bawah ini. Maka dari itu, mungkin ada penceramah yang tersasul bahasa, atau tersalah sebut ayat-ayat Al-Quran atau Hadis Nabi dengan tidak disengajakan. Setiap penceramah ada kelemahan dan kekuatannya masing-masing. Maka usahlah kita hanya mengkeji atau mencerca mereka semata-mata di atas kelemahannya itu, sebaliknya marilah kita ambil apa-apa yang bermanfaat daripadanya. Setiap penceramah mempunyai gaya bahasa dan penyampaian yang berbeza. Kita harus cuba memahami perkara ini dengan sebaik-baiknya. Memang begitulah Allah menciptakan manusia dengan berbagai-bagai bangsa, budaya dan personaliti yang tersendiri. Sejarah sendiri telah membuktikan bahawa para sahabat Baginda s.a.w mempunyai berbagai-bagai personaliti dan gaya yang tersendiri. Sama-samalah kita ambil manfaat untuk mencari sedikit pengetahuan buat bekalan khidupan seharian kita. Ambilah sedikit masa kita, Insyallah ada keberkatan buat kita semua. S...