Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Harakah Islamiyah

TIP PEMBELIAN RUMAH DENGAN PEMAJU : Salkukhairi Abd Sukor

Baik, apa yg anda WAJIB tahu sebelum putuskan untuk membeli rumah dengan Pemaju (Developer)?? 1.)      Sebelum anda putuskan untuktk membeli rumah dengan sesebuah syarikat pemaju, selidikilah dulu latar belakang pemaju tersebut. Cuba dapatkan sedikit gambaran tentang  syarikat tersebut. Saya amat galakkan anda untuk membuat carian syarikat (company search) untuk mengetahui maklumat-maklumat penting tentang syarikat tersebut. 2.)      Melalui carian syarikat anda boleh mengetahui tentang status syarikat tersebut sama ada ianya syarikat berdaftar ataupun tidak, sama ada ianya masih aktif dan tidak digulungkan (bankrupt) atau sebaliknya, bilakah syarikat tersebut ditubuhkan dan adakah syarikat tersebut didaftarkan sebagai syarikat yang menjalankan perniagaan pemajuan hartanah ataupun tidak (kerana banyak syarikat yang buat bisnes hartanah tapi sbnrnya syarikat tersebut tidak pun didaftarkan sebagai syarikat yang mana per...

Mehnah Dan Tribulasi: Pelengkap Kepada Perjuangan Islam

Sememangnya telah menjadi lumrah dan fitrah dalam perjuangan menegakkan agama Allah ini, para pejuang mesti berhadapan dengan pelbagai ujian dan rintangan. Dalam bahasa yang lebih sering kita gunakan, ‘mehnah dan tribulasi’. Sejarah telah membukti kan, semua pejuang Islam yang benar-benar ikhlas dan berada dalam jalan yang benar tidak mungkin terlepas daripada dikena kan ujian. Para nabi, para rasul Allah, sahabat-sahabat mereka, para ulama pewaris nabi, dan se kalian dai’e secara umum pastinya ditimpa ujian yang datang meng uji. Perkara ini sudah menjadi semacam kemestian atau pra syarat kepada pejuang Islam bagi melihat sejauh ketahanan dan istiqamah mereka dalam perjuangan. Allah berfirman yang bermaksud: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (begitu sahaja setelah mereka) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak di uji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya (dengan itu) Allah mengetahui orang-oran...

Pengertian Tarbiyah Di Dalam Islam

Tarbiyah berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti penjagaan, pengasuhan dan pendidikan. Tarbiyah Islamiyah pula ialah penjagaan, pengasuhan dan pendidikan berasaskan sumber al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW. Sumber-sumber ini adalah sumber-sumber rabbani. Dengan sumber inilah generasi sahabat dididik oleh Rasulullah SAW sehingga berjaya melahirkan generasi rabbani yang mendapat jolokan dan pujian daripada Allah seperti yang disebutkan di dalam al-Quran al-Karim yang bermaksud: “Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh berbuat kebaikan, melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.” (Ali ‘Imran: 110) Peranan Tarbiyah Islamiyah. Tarbiyah memainkan peranan penting dan berkesan dalam kebangkitan, pembangunan dan kemajuan sesuatu masyarakat. Maju atau mundur sesuatu masyarakat bergantung kepada maju atau mundur tarbiyah masyarakat tersebut. Oleh itu tarbiyah perlu diberi keutamaan dalam perancangan pembangunan sesuatu masya...