Baik, apa yg anda WAJIB tahu sebelum putuskan untuk membeli rumah dengan Pemaju (Developer)?? 1.) Sebelum anda putuskan untuktk membeli rumah dengan sesebuah syarikat pemaju, selidikilah dulu latar belakang pemaju tersebut. Cuba dapatkan sedikit gambaran tentang syarikat tersebut. Saya amat galakkan anda untuk membuat carian syarikat (company search) untuk mengetahui maklumat-maklumat penting tentang syarikat tersebut. 2.) Melalui carian syarikat anda boleh mengetahui tentang status syarikat tersebut sama ada ianya syarikat berdaftar ataupun tidak, sama ada ianya masih aktif dan tidak digulungkan (bankrupt) atau sebaliknya, bilakah syarikat tersebut ditubuhkan dan adakah syarikat tersebut didaftarkan sebagai syarikat yang menjalankan perniagaan pemajuan hartanah ataupun tidak (kerana banyak syarikat yang buat bisnes hartanah tapi sbnrnya syarikat tersebut tidak pun didaftarkan sebagai syarikat yang mana per...
Oleh, Ahmad Deniel Roslan. Peguam Bela & Peguam Cara/Peguam Jenayah/Peguam Syarie. Pahang,Malaysia. Tel: 013-7678568