Skip to main content

Posts

Showing posts with the label rumah lelong

Jual Beli Hartanah dan Peguam

1)       Sebagai anggota masyarakat kini, mahu tidak mahu pasti akan terlibat dalam proses jual beli rumah atau tanah. Namun apabila ditanya soal proses jual beli, dokumen, wang deposit, wang booking , tanah/rumah digadai, hutang terdahulu, urusan dengan bank, pendaftaran pejabat tanah, kita jadi hilang punca. Maka di sinilah terletak peranan peguam di dalam menguruskan urusan jual beli tanah/rumah tersebut. Tidak dinafikan anda boleh melakukan segala urusan jual beli tersebut, tetapi sudah pasti ia melibatkan banyak masa dan terpaksa berurusan dengan pelbagai pihak dan juga melalui proses-proses yang sebegitu asing dan pada akhirnya wujud risiko anda ditipu atau diainanya.   2)       Maka bagi para penjual dan pembeli, pilih dan lantik seorang peguam yang boleh menjaga kepentingan anda sebelum menandatangani sebarang perjanjian jual beli hartanah, baik rumah kediaman, kedai, apartmen, kondominium, kilang dan sebagainya. ...