Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Pengorbanan si suami. 39A(2) ADB 1952

Pengorbanan: Pada 7/5/2015, saya diberi peluang untuk menguruskan satu Kes Jenayah di bawah seksyen 39B ADB 1952 di Mahkamah Tinggi Johor. Anak guam seramai 3 orang dituduh bersama, 2 daripadanya adalah pasangan suami isteri yang mempunyai 4 anak yang mana seorangnya masih menyusu semasa ibunya ditahan. Secara umum, si ibu tidaklah terlibat, namun silap si suami, si ibu terpalit kerana dadah di  simpan di rumah. Setelah meneliti fakta kes, kemungkinan untuk anak-anak guam dilepaskan tetap ada, namun tidaklah bermakna kesemuanya akan terlepas. Pasti, akan ada salah seorang akan menaggung hukuman gantung pada akhirnya. Sebagai Peguam, kita memang mahukan kemenangan, Namun, banyak faktor lain perlu dipertimbang seperti masa depan anak guam, tanggungan, dan juga kehidupan akan datang tidak kurang juga faktor masa dan kos. Kasihan kepada si isteri yang sudah hampir 1 tahun di reman, anak yang masih kecil telah lama terabai, saya nasihatkan kepada si suami untuk membuat