Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

The Divine Punishment

Sepanjang kerjaya saya sebagai 'criminal lawyer' ada client-client yang terlepas dari pertuduhan dan hukuman disebabkan oleh kekurangan bukti yang diperlukan di sisi undang-undang yang berkuatkuasa, kelemahan proses pembuktian oleh pihak pendakwaan, keterangan-keterangan gagal dikemukakan di Mahkamah dan seumpamanya. Namun, selepas dibebaskan kadangkala mereka menerima 'musibah' yang menimpa diri mereka dalam bentuk lain. Contohnya ada seorang client yang pernah terlepas dari pertuduhan s. 376 beberapa tahun dahulu, dan telah ditakdirkan oleh Allah, saya telah bertemu dengannya secara tidak sengaja di sebuah kamar bicara Mahkamah sedang menghadapi 2 pertuduhan memiliki dadah di bawah seksyen 39A(2) ADB. Beliau telah mengaku bersalah dan kebetulan tiada peguam yang mewakili beliau. Saya cuba membantu dalam proses mitigasi peringanan hukuman di hadapan Hakim. Beliau telah dikenakan hukuman 8 +5 tahun penjara dan 20 sebatan. Hukuman penjaran dijalankan seren