Skip to main content

Posts

Showing posts with the label sivil

Apa itu Judgment in Default [JID]

1. Q. Apa Maksud JID? A. JID bermaksud ‘Judgment in Default’ atau dalam bahasa Melayu disebut Penghakiman Ingkar. Ia terbahagi kepada dua iaitu Penghakiman Ingkar Kehadiran dan Penghakiman Ingkar Pembelaan.  Penghakiman Ingkar Kehadiran bermaksud Penghakiman yang dimasukkan setelah pihak Defendan gagal untuk memfailkan Memorandum Kehadiran ke Mahkamah dalam tempoh 14 hari serahan Writ dan Pernyataan Tuntutan. Penghakiman Ingkar Pembelaan pula boleh dimasukkan terhadap Defendan yang telah pun memfailkan Memorandum Kehadiran, namun Defendan kemudiannya gagal untuk memfailkan Pernyataan Pembelaan. 2. Q. Adakah JID terpakai untuk kes jenayah? A. Tidak, JID hanya terpakai untuk kes-kes sivil sahaja berdasarkan kepada Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. 3. Q. Bagaimana Writ dan Pernyataan Tuntutan perlu diserahkan kepada Defendan? A. Writ dan Pernyataan Tuntutan boleh diserahkan dengan cara AR Berdaftar atau serahan tangan. Tarikh penerimaan adalah bermula dari tarik...