Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

KEADILAN DAN KUASA WANG

Alhamdulilah, syukur ke atas Allah S.W.T kerana penulis telah memperolehi sedikit kejayaan di dalam sebuah kes Seksyen 376, Kanun Keseksaan yang dijalankan perbicaraanya di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor. Selepas semua saksi-saksi pihak Pendakwaan dipanggil, Mahkamah memutuskan, kes prima facie gagal dibuktikan pihak Pendakwaan. Anak guam dilepas dan dibebaskan.  Sek alung penghargaan kepada Puan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan Puan Hakim yang banyak membantu dan sangat professional sepanjang perbicaraan yang telah dilaksanakan. Walaupun, kes ini telah dirayu ke peringkat Mahkamah Tinggi Johor Bahru, namun pihak Pendakwaraya(Perayu) telah menalik balik rayuan semasa peringkat pengurusan kes. Banyak pengalaman/pengajaran yang penulis dapat pelajari sepanjang menguruskan kes ini. Antaranya, kedudukan keawangan seseorang individu di dalam mencari keadilan bagi dirinya. Bukan sahaja dalam kes ini,malah dalam kes-kes lain, seringkali faktor keawangan/kos guaman yang agak