Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Rumah terbengkalai: Apa hak dan tindakan yg boleh diambil oleh pembeli?

Rumah terbengkalai: Apa hak dan tindakan yg boleh diambil oleh pembeli? Oleh: Salkukhairi Abd Sukor Peguam Hartanah 1. Apa yg dimaksudkan dengan projek perumahan terbengkalai adalah:- i. Projek yg gagal disiapkan oleh Pemaju dalam tempoh perjanjian jual beli dan tiada sebarang aktiviti yg ketara di tapak pembinaan selama tempoh 6 bulan secara berterusan, dan ii. Pemaju telah digulungkan (telah bankrupt) di bawah Akta Syarikat, dan iii. Disahkan sebagai projek terbengkalai oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Maka, dalam bahasa mudahnya, kita boleh katakan, sekiranya sesuatu syarikat pemaju tersebut telah digulungkan dan tiada sebarang progress dilakukan di tapak projek dalam tempoh 6 bulan secara berterusan,dan Menteri tlh mengesahkan yg projek tersebut adalah dianggap terbengkalai, maka projek tersebut blh dianggap sbg terbengkalai. Tetapi sekiranya, Pemaju masih belum digulungkan dan progress pembinaan projek masih berjalan walapun agak perlah

Nak beli rumah lelong, bagaimana caranya?(Siri 2- pada hari dan masa lelongan)

Nak beli rumah lelong, bagaimana caranya? (Siri 2- pada hari dan masa lelongan) Oleh : Salkukhairi Abd Sukor Peguam Hartanah Kali ini saya ingin senaraikan pula tip-tip yang mungkin boleh diambil panduan oleh anda pada masa hari lelongan. 1. Pastikan anda datang awal ke tempat lelongan sebagaimana yang dinyatakan dalam Notis Lelongan. Walaupun waktu lelongan bermula pada pukul 10.00 pagi, ingin saya ingatkan, sila datang ke tempat lelongan 15 minit sebelum pukul 9.00 pagi. Dalam erti kata lain, pukul 8.45pagi selewat-lewatnya anda sudah kena berada di tempat lelongan. Kenapa awal sangat ?. Bukan kah waktu lelongan bermula pukul 10.00 pg.? Ya, Walaupun waktu lelongan bermula jam 10.00 pagi, anda kena serahkan BANK DRAFT deposit harga rezab lelongan tersebut kepada pegawai Mahkamah atau Pelelong atau kepada Pentadbir Tanah selewat-lewatnya pada jam 9.00 pagi. JIKA LEWAT SERAHKAN BANK DRAFT TERSEBUT, WALAUPUN SEMINIT, ANDA SECARA OTOMATIKNYA AKAN HILANG KELAYAKAN UN

Nak beli rumah lelong, bagaimana caranya?(Siri 1- sebelum tarikh lelongan)

(Siri 1- sebelum tarikh lelongan) Oleh :  Salkukhairi Abd Sukor Peguam Hartanah Akibat harga rumah baru yang semakin mahal, ramai orang berminat untuk beli rumah lelong, tetapi tiada pengalaman untuk berbuat demikian. Disini saya terangkan beberapa langkah mudah kepada mereka yg bercadang membeli rumah lelong, khususnya kpd yang tiada pengalaman beli rumah lelong (utk tujuan rumah kediaman, bukannya untuk tujuan pelaburan). 1. Sebelum anda bercadang untuk beli rumah lelong, sila semak kelayakan pinjaman anda dgn bank. Daripada kelayakan itu, anda boleh tahu berapakah harga maksimum rumah lelong yg anda boleh beli. Jadi, fokuskan utk cari rumah lelong yg harga nya tidak melebihi kelayakan maksimum pinjaman perumahan anda. 2. Anda juga kena reserve sekurang-kurangnya 20% cash drpd harga maksimum rumah lelong yg anda boleh beli. 10% untuk bayaran deposit harga lelong, dan 10% lagi untuk urusan kos guaman dan kerja2 renovasi rumah. 3. Dapatkan senarai r

Sebelum ‘decide’ beli rumah dengan Pemaju, apa yg patut anda tahu dan buat?

Oleh: Salkukhairi Abd Sukor Peguam Hartanah Ramai orang hanya melihat kepada harga, lokasi dan ciri-ciri fizikal sesebuah rumah yg ingin dibeli dengan Pemaju tanpa mengetahui sebenarnya, banyak lagi perkara yg lebih penting yg anda kena beri tumpuan sebelum anda decide utk beli sesebuah rumah yg dijual oleh Pemaju. Diantara perkara-perkara tersebut adalah:- 1. Selidikilah dulu latar belakang syarikat pemaju tersebut dengan cara melakukan carian syarikat (company search) di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Carian Penggulungan (Winding up search) di Jabatan Insolvensi utk mengetahui maklumat2 penting ttg syarikat tersebut. 2. Melalui carian syarikat anda boleh mengetahui ttg status syarikat tersebut sama ada ianya syarikat yg berdaftar ataupun tidak, bilakah syarikat tersebut ditubuhkan, adakah syarikat tersebut didaftarkan sbg syarikat yg menjalankan perniagaan pemajuan hartanah ataupun tidak (kerana banyak syarikat yg buat bisnes hartanah tp sbnrnya sy