PROSIDUR TUNTUTAN KECIL DI MAHKAMAH MAJISTRET Mahkamah Tuntutan Kecil diwujudkan bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membuat tuntutan yang berupa hutang, pelanggaran kontrak/perjanjian, perkhidmatan dan lain-lain di mana jumlah tuntutan ialah tidak melebihi RM5,000.00 sahaja. Asasnya, Mahkamah ini diwujudkan bagi membicara kes di mana hanya pihak menuntut dan pihak kena tuntut sahaja yang terlibat tanpa menggunakan peguam bagi tujuan mengurangkan kos guaman yang ditanggungi pihak-pihak. Ini membolehkan pihak-pihak yang mempunyai masalah keawangan bagi melantik peguam, untuk memfailkan dan mengendalikan secara senidiri tuntutan mereka di Mahkamah. Walaubagaimanapun, pihak-pihak mempunyai pilihan untuk berunding/mendapatkan nasihat daripada peguam di luar Mahkamah bagi memudahkan urusan tuntutan di Mahkamah kelak. APAKAH PERKARA-PERKARA YANG BOLEH DITUNTUT? 1. Mendapatkan kembali hutang. 2. Tuntutan barangan. 3. Upah sesuatu perkhidmatan yang tak dibayar. 4....
Oleh, Ahmad Deniel Roslan. Peguam Bela & Peguam Cara/Peguam Jenayah/Peguam Syarie. Pahang,Malaysia. Tel: 013-7678568