Skip to main content

Posts

Perbincangan Hukum Pelaburan ASB

Perbincangan Hukum Pelaburan ASB : Versi Kemaskini   Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra telah diperdebatkan sejak sekian lama dan ia juga mendapat respond berbeza dari majlis Fatwa negeri-negeri di Malaysia. Apa yang akan saya nyatakan di sini adalah semata-mata pandangan peribadi dan ia bukannya fatwa dan hukum yang putus bagi orang ramai. Ia merupakan satu pandangan yang dilihat dari sudut akademik dan fakta yang ada disekeliling kita. 1)  Pandangan Yang Mengharuskan Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik. Teks keputusan fatwa Perak berbunyi  [1]  :- Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut : "Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan seg...

Perbankan Islam dan BFR

Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Soalan Antara alasan mereka yang tidak mahu menggunakan pinjaman perbankan Islam adalah kadar BFRnya juga tidak tetap. Bolehkan perbankan Islam berbuat demikian? JAWAPAN Sebenarnya soalan ini telah pernah saya jawab satu ketika  dahulu di sini . Namun saya cuba menerangkan sekali lagi dalam huraian yang sedikit berbeza. Ini adalah satu fakta yang sering gagal difahami orang awam. Sebenarnya apabila bank Islam menggunakan Base financing Rate (BFR), itu adalah merupakan kelebihan kepada pelanggan. Begini, BFR digunakan untuk produk yang pelbagai disebabkan buat masa ini semua perbankan islam beroperasi di bawah payungan system kewangan konvensional. Justeru, dalam hal menentukan jumlah keuntungan yang disasarkan oleh sesebuah produk, rujukan dilakukan kepada  Base Lendng Rate  (BLR) konvensional, namun ia dinamakan BFR kerana perbankan Islam hanya menggunakan BLR untuk semakan harga pasaran di dalam Mala...

KEADILAN DAN KUASA WANG

Alhamdulilah, syukur ke atas Allah S.W.T kerana penulis telah memperolehi sedikit kejayaan di dalam sebuah kes Seksyen 376, Kanun Keseksaan yang dijalankan perbicaraanya di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor. Selepas semua saksi-saksi pihak Pendakwaan dipanggil, Mahkamah memutuskan, kes prima facie gagal dibuktikan pihak Pendakwaan. Anak guam dilepas dan dibebaskan.  Sek alung penghargaan kepada Puan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan Puan Hakim yang banyak membantu dan sangat professional sepanjang perbicaraan yang telah dilaksanakan. Walaupun, kes ini telah dirayu ke peringkat Mahkamah Tinggi Johor Bahru, namun pihak Pendakwaraya(Perayu) telah menalik balik rayuan semasa peringkat pengurusan kes. Banyak pengalaman/pengajaran yang penulis dapat pelajari sepanjang menguruskan kes ini. Antaranya, kedudukan keawangan seseorang individu di dalam mencari keadilan bagi dirinya. Bukan sahaja dalam kes ini,malah dalam kes-kes lain, seringkali faktor keawangan/kos guaman yang a...

PENGIRAAN DUTI SETEM BAGI PINDAHMILIK HARTA TANAH

DUTI SETEM Apabila sesuatu harta tanah dipindahmilik, penerima pindah milik dikenakan Duti Setem. Duti Setem dibayar berasaskan kepada harga harta tanah tersebut atau nilai pasarannya, yang mana Iebih tinggi. Perkara ini diperuntukkan di bawah Jadual Pertama Akta Setem, 1949 (Akta 378). Kadar duti dikira seperti berikut: 1% bagi RM100,000 pertama; 2% bagi RM400,000 berikutnya; dan 3% bagi baki berikutnya. (Pindaan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2001) Pihak yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran, perkiraan dan pungutan duti ini ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Peranan JPPH adalah menilai harta tanah terlibat bagi menentukan nilai pasarannya. Tarikh nilaian ialah pada tarikh penyempurnaan Perjanjian Jual Beli, jika tiada perjanjian jual-beli, ia adalah tarikh penyempurnaan instrumen pindahmilik. Penerima pindahmilik boleh memudahkan proses penilaian dengan:- Memastikan semua borang terlibat diisi dengan Iengkap dan sempurna; Menyertakan sesalinan Perjanj...

Mengira Kelayakan Pinjaman Perumahan Anda

Faktanya,  sama ada suka atau tidak anda pasti akan terpaksa membeli rumah juga. Jika memang bernasib baik misalnya tinggal di kampung pun anda masih juga akan terpaksa membina sendiri rumah (dengan kos pembinaan). Amat jarang sekali seseorang mampu membeli rumah secara tunai. Bagi kebanyakan pekerja, pinjaman perumahan la jawabnya. Berikut adalah kelayakan baharu pinjaman perumahan seseorang mengikut jadual yang dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia melalui laman web rasminya. Jadual kelayakan ini berkuatkuasa mulai Januari 2011. Kadar kelayakan di atas digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong/Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pendek kata untuk kebanyakan kakitangan awam la. Jika anda memilih untuk memohon pinjaman perumahan kerajaan (daripada Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan ...

Anggapan Seksyen 114(a) Akta Keterangan 1950, sejauh mana kesan undang-undang dan kepada Masyarakat.

sumber: http://loyarberjurus.blogspot.com Salam, Jenis perbicaraan adversarial yang dipraktikkan dalam sistem kemahkamahan kita mempunyai hubungkait yang erat dengan taktik-taktik atau jurus-jurus yang digunapakai oleh kedua-dua pihak yang bertentangan; pendakwaan dan pembelaan. Dalam masa 'trial by ambush' yang cuba dielakkan bagi menjamin pertarungan yang berlangsung di atas padang yang sama rata (same level playing field) seperti pengenalan Seksyen 51A Akta Keterangan; ini tidak bermakna strategi- strategi untuk memenangi kes sudah tidak relevan lagi. Waima pesat sekalipun usaha mensivilkan kes jenayah (seperti pengenalan witness statement), advocacy skill masih menjadi trait atau karakter penting bagi peguam kes jenayah. Jika disedari atau tidak, undang-undang yang digubal seringkali dimasukkan lebih awal beberapa senjata ampuh atau arsenals  kepada pihak pendakwaan yang membantu dalam proses pembuktian kes. Senjata ini dipanggil anggapan (presumption). Se...