Skip to main content

Posts

Gesaan JAG agar pemansuhan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah adalah melampau dan penghinaan kepada Perlembagaan serta Ugama Islam

1.        Baru-baru ini, pelaksanaan hukuman sebat terhadap 24 wanita dan 17 lelaki yang didakwa melakukan sumbang mahram dan mengadakan hubungan seks luar nikah membawa kerengsaan kepada Gabungan Kumpulan Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG). JAG mendesak agar satu usaha pemansuhan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah yang berkuatkuasa di Malaysia.   ( http://www.themalaysianinsider.com/print/rencana/pemansuhan-undang-undang-kesalahan-jenayah-syariah-jag/ ) 2.Gesaan JAG ini menampakkan satu manifestasi akan ketidakfahaman/kejahilan mereka akan hukuman sebat di dalam Syariah Islam dan praktikalnya di Mahkamah Syariah Malaysia. 3.        Asasnya, hukuman sebat yang dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah di Malaysian adalah ‘dikurniakan’ di dalam Perlembagaan Malaysia. Bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun ditentukan oleh Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984). Ia memperuntukkan bahaw...

Riba & Bentuknya Dalam Konteks Semasa Di Bank Konvensional

Riba & Bentuknya Dalam Konteks Semasa Di Bank Konvensional Oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman Umum telah mengetahui bahawa antara perbezaan utama di antara Bank Islam dan Bank Konvensional adalah keterlibatan dengan Riba. Justeru bahagian ini akan mendedahkan secara ringkas dan padat berkenaan Riba dalam konteks semasa. Antara soalan yang kerap kali kita dengari berkaitan Riba adalah : Apakah gambaran jelas bagi riba yang berlaku di dalam pengamalan Bank Konvensional hari ini dan mengapa ianya di haramkan oleh Islam? Apakah pula yang di maksudkan bahawa riba adalah suatu penindasan dan menekan? Siapa yang ditindas sebenarnya? Bagaimana mungkin sebuah Bank boleh meraih keuntungan tanpa mengenakan Riba?. Penulisan ini akan cuba mengupas ringkas semua persoalan yang dinyatakan tadi. 1)      Apakah gambaran jelas bagi riba yang berlaku di dalam pengamalan Bank Konvensional hari dan mengapa ianya di haramkan oleh Islam? ...