Skip to main content

Posts

PROSES IKAT JAMIN DI MAHKAMAH

IKAT JAMIN MAHKAMAH  Apa Itu Ikat Jamin Mahkamah? a) Pelepasan sementara orang yang dituduh dengan mengemukakan cagaran yang mencukupi dan akujanji Penjamin untuk  memastikan kehadiran orang yang  dituduh pada setiap hari perbicaraan. b) Akujanji yang ditandatangani oleh Penjamin dipanggil bon jaminan. c)  Syarat-syarat ikat jamin dan jumlah Penjamin adalah atas budi-bicara Mahkamah. (2) Jenis-Jenis Kesalahan Yang Boleh Atau Tidak Boleh Diikat Jamin a) Kesalahan-kesalahan yang boleh diikat jamin Seseorang yang dituduh dengan satu kesalahan di bawah kategori ini adalah berhak untuk dilepaskan dengan ikat jamin. Apabila seseorang itu dituduh di Mahkamah, Mahkamah akan menentukan jumlah ikat jamin. Sesiapapun boleh menjadi Penjamin kepada Tertuduh. Jika tiada Penjamin, Tertuduh akan ditahan di Penjara sehingga kes selesai dibicarakan. b) Kesalahan-kesalahan yang tidak boleh diikat jamin Kesalahan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hid...

APA YANG HARUS DILAKUKAN SELEPAS SESUATU URUSNIAGA HARTANAH ITU SELESAI?

Oleh :  Salkukhairi Abd Sukor                     Peguam Hartanah   Ramai pembeli sesuatu hartanah terlupa atau mungkin juga terlepas pandang utk mendapatkan salinan dokumen-dokumen yang berkenaan drpd peguam mereka sebaik shj urusan pembelian hartanah mereka selesai.   Disebabkan terlalu exited masuk rumah baru misalnya, mereka terlupa ada sesuatu yg lebih berharga drpd kunci rumah baru mereka sebenarnya, iaitulah dokumen-dokumen yg berkaitan urusniaga hartanah yg mereka beli itu.   Walaupun menjadi tanggungjawab peguam utk menyerahkan satu salinan  dokumen-dokumen  yg berkenaan kpd anak guam mereka sebaik shj urusniaga jual beli sesuatu hartanah itu selesai, tetapi pembeli juga kena ambil berat dan hendaklah menghubungi peguam mereka utk mendapatkan dokumen2 tersebut andaikata peguam mereka juga terlepas pandang utk menyerahkannya kpd mereka.   Banyak kes yang berlaku, s...

PERUNTUKAN YANG ANDA KENA TAHU BERKAITAN UNDANG-UNDANG SEWAAN HARTANAH [Salkukhairi Abd Sukor]

1) Tempoh sewaan mestilah tidak melebihi 3 tahun sahaja. Sekiranya lebih ia tidak lagi dianggap sebagai sewaan, tetapi pajakan. 2) Deposit sekuriti tidak boleh dalam apa jua keadaan sekalipun ditolak sebagai bayaran sewaan bulanan. Ianya hanya satu bentuk cagaran utk mempastikan tuan punya dan penyewa mematuhi segala terma dan syarat sewaan. 3) Penyewa adalah bertanggungjawab atas kosnya sendiri utk membaiki segala kerosakan premis sewaan yang disebabkan oleh kesan penggunaan (wear & tear) premis tersebut. 4) Sewaan boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak (sama ada tuan punya atau penyewa) lebih awal daripada tempoh sewaan sebenar, dengan syarat mana-mana pihak yang  ingin menamatkan sewaan lebih awal hendaklah memberi dua bulan notis bertulis kepada pihak yang satu lagi. 5) Perlanjutan tempoh sewaan adalah atas budi bicara tuan punya sepenuhnya. 6) Kegagalan/ kelewatan penyewa menjelaskan bayaran sewaan bulanan pada tarikh yang ditetapkan ...

Apa itu Judgment in Default [JID]

1. Q. Apa Maksud JID? A. JID bermaksud ‘Judgment in Default’ atau dalam bahasa Melayu disebut Penghakiman Ingkar. Ia terbahagi kepada dua iaitu Penghakiman Ingkar Kehadiran dan Penghakiman Ingkar Pembelaan.  Penghakiman Ingkar Kehadiran bermaksud Penghakiman yang dimasukkan setelah pihak Defendan gagal untuk memfailkan Memorandum Kehadiran ke Mahkamah dalam tempoh 14 hari serahan Writ dan Pernyataan Tuntutan. Penghakiman Ingkar Pembelaan pula boleh dimasukkan terhadap Defendan yang telah pun memfailkan Memorandum Kehadiran, namun Defendan kemudiannya gagal untuk memfailkan Pernyataan Pembelaan. 2. Q. Adakah JID terpakai untuk kes jenayah? A. Tidak, JID hanya terpakai untuk kes-kes sivil sahaja berdasarkan kepada Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. 3. Q. Bagaimana Writ dan Pernyataan Tuntutan perlu diserahkan kepada Defendan? A. Writ dan Pernyataan Tuntutan boleh diserahkan dengan cara AR Berdaftar atau serahan tangan. Tarikh penerimaan adalah bermula dari tarik...

Apakah perbezaan di antara wasiat, hibah dan faraid?

SOALAN 1 :  Ayah saya telah meninggal dunia, apa yang perlu saya lakukan ke atas harta yang ditinggalkan? JAWAPAN : Anda hendaklah memohon pembahagian faraid terhadap harta tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah. SOALAN 2 :  Apakah yang dimaksudkan dengan Hibbah ? JAWAPAN : Hibbah ialah pemberian harta/aset kepada seseorang secara sukarela semasa hayatnya tanpa berkehendak balasan ( iwad). Pemberi hibbah tidak boleh menarik balik hibahnya setelah setiap rukun hibbah dipenuhi iaitu : pemberi hibbah (al-wahib), penerima hibbah (al-mauhub laku). Barang  dihibahkan  (al-manhub) lafaz ijab kabul, menurut mazhab syafie akad nikah tidak sempurna kecuali selepas qabul . qabul berbeza-beza mengikut harta / aset. Sekiranya harta alih. Maka qabul berlaku dengan mengambil, memindah, mengasingkan harta tersebut dengan harta lain. Bagi harta tidak alih boleh berlaku dengan mengosongkan harta, menguasainay dan melakukan tasaruf terhadap harta tersebut seperti me...

PEMBELIAN TANAH LOT BANGLO : Salkukhairi Abd Sukor,

Memandangkan harga rumah siap dibina atau di dalam pembinaan semakin mahal, ramai yang memilih untuk membeli tanah lot banglo untuk didirikan rumah di atasnya. Selain drpd bakal memiliki kawasan rumah yang lebih luas, kos untuk membina sebuah rumah di atas tanah lot sendiri juga adalah jauh lebih murah berbanding dengan membeli sebuah rumah melalui pemaju atau rumah sub-sale. Namun begitu, anda harus berhati2 supaya pelaburan yg anda keluarkan utk membeli sebidang tanah lot itu berbaloi. Jangan pula sampai duit dah habis, tapi habuk tanah lot pun tak dapat2.. Oleh yang demikian, disini saya senaraikan beberapa tips ringkas dan mudah dipraktiskan yg mungkin serba sedikit dapat membantu kalian dlm urusan pembelian tanah lot ini. 1.    Drpd pengalaman dan pemerhatian saya, terdapat 2 keadaan dimana tanah lot banglo ini dijual:- i.    Tanah lot yang telah dipecah bahagi drpd satu Geran Besar (Master Title) kpd Geran Individu yang berasingan, dimana syarat kegun...