Skip to main content

Posts

Tip Ringkas Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang.

Oleh : Salkukhairi bin Abdul Sukor (Peguambela & Peguamcara) 1. Jika ada org langgar kereta anda dari belakang, jgn panik dan bawa bertenang. 2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas. 3. Slps anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga membe rhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yg ada kamera dan keluar drpd kereta anda. Ingat! Jgn ambil sebarang alatan yang merbahaya spt stearing lock, parang, peralatan yg diperbuat dpd besi dsg, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kpd org lain dan harta benda awam. 4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yg langgar anda td. 5. Apabila pemandu kenderaan yg langgar anda td keluar drpd kenderaannya, sapa lah dia dgn baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dgnnya, ttp jgnlah terus maki hamun kpdnya. 6. Tanyakan kpdnya dgn baik knp dia langgar kereta anda td...

Kelewatan penyelesaian urusan jual beli hartanah. Dimana silapnya??

Oleh :  Salkukhairi bin Abd Sukor Peguam Hartanah Ramai yang bertanggapan, kelewatan penyelesaian urusan jual beli sesuatu hartanah adalah disebabkan oleh peguam tidak buat kerja.  Sebenarnya, tiada peguam yang rasional dan professional sengaja melewat-lewatkan penyelesaian urusan jual beli hartanah anak guamnya, kerana ia aka n melibatkan “periuk nasi” dan imej peguam tersebut .  Kelewatan tersebut kebiasaannya adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:- 1. Kelewatan kelulusan pinjaman perumahan pembeli oleh bank atau bahagian pinjaman perumahan (BPP) disebabkan dokumen sokongan yang diperlukan tidak mencukupi atau kegagalan pembeli mengikuti prosedur permohonan pinjaman yang sewajarnya sebagaimana yang ditetapkan oleh BPP. Kebiasaannya, pinjaman bank mengambil masa antara 1 – 3 minggu untuk kelulusan, manakala pinjaman BPP pula mengambil masa dalam 2 – 4 minggu untuk kelulusan. 2. Kelewatan pihak berkuasa negeri / pejabat tanah ...

Tips Ringkas Urusan Pembelian Tanah Lot

Oleh: Salkukhairi bin Abd Sukor Peguam Hartanah 1. Kalau anda nak beli tanah lot, SEBAIK-BAIKNYA, CARILAH Tanah Lot yang telah mempunyai geran individu yang berasingan dan berstatus Bangunan. Ini kerana:- i. Sekiranya tanah lot tersebut telah ada geran individu , maka proses dan transaksi jual beli tanah tersebut akan menjadi lebih mudah dan cepat. Hak da n kepentingan anda juga akan dilindungi. ii. Jika anda ingin membuat pinjaman untuk membeli tanah lot, bank hanya boleh meluluskan pinjaman untuk tanah lot yg dah ada geran individu dan berstatus bangunan shj.  2. Adapun Tanah lot yang masih dalam satu Geran Besar (Master Title) dan masih berstatus Pertanian, saya KURANG MENGGALAKKAN (BUKAN MELARANG SEPENUHNYA) anda beli tanah lot sebegini kerana ianya AMAT BERISIKO. 3. Sekiranya anda terpaksa membeli tanah lot sedemikian, ada beberapa tips yg boleh sy kongsikan untuk nak protect diri anda: i. Dptkan pengesahan bertulis drpd tuan tanah / penjual tt...

Rumah yang dibeli dengan Pemaju teruk, banyak rosak. Apa yang patut anda buat?

Oleh: Salkukhairi Abd Sukor Peguam Hartanah Tahukah anda, sekiranya anda membeli rumah yg dalam pembinaan dengan Pemaju, anda memperolehi tempoh liabiliti kecacatan (defect liability period) atau dalam bahasa mudahnya dipanggil tempoh waranti selama 24 BULAN mulai daripada TARIKH SERAHAN MILIKAN KOSONG (atau dlm bahasa mudahnya, tarikh serah kunci) rumah tersebut. Ertinya, dlm tempoh tersebut sekiranya berlaku kerosakan terhadap rumah tersebut, maka Pemaju bertanggungjawab, atas kos dan perbelanjaan mereka sendiri, utk membaiki segala kerosakan tersebut. Macam mana cara nak mintak Pemaju baiki kerosakan? Bolehkah sekadar call Pemaju begitu shj? Kalau Pemaju lambat atau tak nak baiki macam mana cara nak buat? Sila ikuti sepenuhnya apa yg sy nyatakan dibawah ini:- 1. Jika berlaku kerosakan terhadap rumah anda, sila tulis SURAT RASMI kpd Pemaju. Senaraikan kerosakan tersebut satu persatu. Kalau boleh sila ambil gambar kerosakan tersebut dan lampirkan bersekali den...

Rumah yang anda beli dengan Pemaju lewat siap. Apa yang patut anda lakukan?

Oleh: Salkukhairi Abd Sukor Peguam Hartanah Mengikut Perjanjian Jual Beli yang menggunapakai JADUAL G di bawah AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN (KAWALAN DAN PELESENAN) 1966, Pemaju hendaklah menyiapkan pembinaan sesuatu rumah dan menyerahkan milikan kosong (dalam bahasa mudahnya, serahkan kunci rumah) kepada Pembeli dalam tempoh 24 BULAn daripada tarikh Perjanjian Jual Beli. Sekiranya Pemaju gagal menyerahkan milikan kosong rumah tersebut dalam tempoh yg ditetapkan, apakah yang boleh Pembeli lakukan? Bolehkah Pembeli menamatkan atau membatalkan Perjanjian Jual Beli (SPA)? Bolehkah Pembeli saman Pemaju? Disini saya senaraikan tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh Pembeli sekiranya Pemaju lewat menyerahkan milikan kosong: 1. Sebenarnya Pembeli tidak boleh menamatkan atau membatalkan SPA semata2 disebabkan Pemaju lewat serah milikan kosong rumah, walaupun tempoh 24 bulan drpd tarikh SPA telah tamat. Ini kerana tiada sebarang peruntukan di dalam SPA di bawah Jadual G ...

Cara 'memperundangkan' hudud dari segi syariah

Pelaksanaan undang-undang hudud menimbulkan pelbagai polemik apabila Kelantan yang menjadi negeri pertama yang akan melaksanakannya selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan diluluskan. Wartawan Harakah, NYZA AYOB mendapatkan kupasan lanjut isu ini bersama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa. Ikuti wawancara bersama beliau yang diadakan pada 28 April lalu. HARAKAH: Apakah halangan yang dihadapi Kelantan dalam melaksanakan undang-undang hudud ini? DATO’ DR MUJAHID: Sejak 1993 apabila kerajaan Kelantan mula memperkenalkan Kanun Jenayah Syariah, Kelantan telah menubuhkan jawatankuasa yang berperanan memberi aspek penerangan kepada orang ramai tentang bagaimana hendak ‘memperundangkan’ ia melalui falsafah hudud daripada segi syariah secara menyeluruh dan sebagainya . Jadi jawatankuasa itu setiap tahun berseminar mengenai hudud di Kelantan dan dijemput keluar untuk memberikan seminar. Tetapi setelah beberapa lama usa...

PROSES IKAT JAMIN DI MAHKAMAH

IKAT JAMIN MAHKAMAH  Apa Itu Ikat Jamin Mahkamah? a) Pelepasan sementara orang yang dituduh dengan mengemukakan cagaran yang mencukupi dan akujanji Penjamin untuk  memastikan kehadiran orang yang  dituduh pada setiap hari perbicaraan. b) Akujanji yang ditandatangani oleh Penjamin dipanggil bon jaminan. c)  Syarat-syarat ikat jamin dan jumlah Penjamin adalah atas budi-bicara Mahkamah. (2) Jenis-Jenis Kesalahan Yang Boleh Atau Tidak Boleh Diikat Jamin a) Kesalahan-kesalahan yang boleh diikat jamin Seseorang yang dituduh dengan satu kesalahan di bawah kategori ini adalah berhak untuk dilepaskan dengan ikat jamin. Apabila seseorang itu dituduh di Mahkamah, Mahkamah akan menentukan jumlah ikat jamin. Sesiapapun boleh menjadi Penjamin kepada Tertuduh. Jika tiada Penjamin, Tertuduh akan ditahan di Penjara sehingga kes selesai dibicarakan. b) Kesalahan-kesalahan yang tidak boleh diikat jamin Kesalahan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hid...