Skip to main content

Posts

Hikmah Berbakti Kepada Ibu Bapa

Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah s.w.t. ia berhasil menundukkan Ratu Balqis. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu. Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. Di sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman. Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah s.w.t., Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya. "Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau ma...

Dosa Mengumpat Hanya Boleh Diampun Oleh Mangsa

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S. A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud " Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak,perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya dia...

Antara Sabar & Mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini." Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah men...

Perhalusilah Hubunganmu Dengan Manusia

*Perhalusilah hubunganmu dengan manusia Dari buku " Bisikan Sufi Menghembus Penyesalan " oleh Abu Aqil di bawah tajuk 'PERHALUSILAH HUBUNGANMU DENGAN MANUSIA' Engkau perlu berhati-hati dan memperhalusi selalu hubunganmu dengan manusia. Mereka juga seperti dirimu, punya akal, punya perasaan dan punya hati.Apa yang kamu suka disukai juga oleh orang lain secara amnya. Apa yang dibenci oleh akal dan hatimu, juga menjadi kebencian mukmin lain. Jangan bertindak kasar dan membabi buta menurutkan perasaan dalam berhadapan dengan kerenah serta perangai manusia. Tilikilah dahulu dirimu yang juga punya ribuan kelemahan. Hari ini mereka silap, mungkin esok lusa kamu pula tersalah dan kesalahan itu mungkin mengulangi kesilapan yang mereka lakukan. Selagi kamu bernama manusia, kamu tidak terlepas dari hukuman Allah.Hidupmu telah dicatur oleh Allah sejak azali lagi. Allah datangkan kamu bukan sebagai penghukum yang kejam dan bengis. Allah mendatangkan kamu bukan untuk mencederakan ...

Berhati-hati Apabila Berbicara

Kita mungkin pernah mendengar ungkapan-ungkapan sepert 'lidah tidak bertulang' atau lidah itu lebih tajam daripada pedang. Daripada ungkapan-ungkapan itu nyatalah tugas lidah atau tutur kata amat besar dalam hidup manusia. Kesan terlanjur cakap tidak kurang yang tergadai maruah dan kerana mulut atau tutur kata juga menjadikan badan binasa. Jika kita merenung tentang kejadian alam ciptaan Allah s.w.t nyatalah terdapat pelbagai keanehan dan perkara-perkara pelik yang dapat kita saksikan yang mana itu semua sebagai tanda tentang keagungan dan keesaaan Allah s.w.t. Di antara keanehan keanehan itulah kita temui lidah. Ia adalah daging berbentuk kecil dan lembut yang terlindung di dalam mulut. Lidah juga termasuk daripada anugerah Allah Yang Maha Besar yang amat mustahak sebagai penghubung antara satu sama lain, menerusi percakapan mahu pun untuk mencapai keredaan Tuhan. Lidah jugalah yang boleh menyebabkan manusia itu terjerumus ke dalam api neraka. Berhati-hati Oleh kerana lidah bo...

Lima Sifat Manusia Menghadapi Kesusahan Dan Kesenangan...

Musibah dan kenikmatan kedua-duanya adalah cubaan dari Allah agar manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah. Manusia mempunyai sifat yang berbeza terutamana dalam menghadapi kesusahan musibah,malapetaka, kesenangan dan kenikmatan. 1). Ada golongan manusia yang ingkar bahawa kenikmatan dan malapetaka itu datang-nya dari Allah sebagai ujian. Mereka berkata gempa bumi,banjir, hama,kebakaran, angin taufan, semua itu adalah bencana alam,alamiah dan bukan dari Tuhan. Apabila kesulitan yang menimpa diri mereka telah pulih kembali dan berakhir seperti sakit sekian lama kemudian sembuh,miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti sembuh,miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti itu juga. Namun mereka tetap kufur terhadap pemberi kenikmatan dan rahmat dari Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman)sama sahaja kepada mereka,sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran,mereka tidak akan berim...

Vaksin Selsema Babi Dijangka Oktober 2009

Oleh Ibnuyaacob Setelah pendedahan demi pendedahan dilakukan, maka teori konspirasi wabak selsema babi sudah sampai ke penghujung kebenarannya. Dengan pengumuman terbaru bahawa vaksin H1N1 akan dikeluarkan tidak lama lagi, maka sahlah Amerika adalah dalang kepada penyebaran selsema babi. Amerika negara pertama menghasilkan vaksin Negara Amerika sejak dari mula lagi terjumpanya selsema babi di Mexico sudah mencurigakan semua pihak khususnya penyiasat-penyiasat konspirasi. Bermula dengan anugerah yang diterima oleh oleh Dr. Ralph Steinman pada April 2009 kini Amerika muncul semula dengan vaksin penyelamat dunia. Pengumuman kerajaan Amerika tentang kemungkinan vaksin H1N1 akan dikeluarkan pada Oktober 2009 sudah dijangka kerana pada zaman sebelum Obama, George Bush telah pun memperuntukan dana penghasilan vaksin untuk H1N1 sebanyak USD1.6 juta. (lihat artikel bahagian 1) Dengan gerak kerja yang sudah bermula dari awal ini, adalah tidak mustahil Amerika menjadi negara pertama dalam penghas...